Oleh Izzah Abbasy
Bali, Indonesia yang juga dikenali sebagai Pulau Dewata ialah sebuah pulau yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok.
Bali memang terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi rakyat Malaysia, Jepun dan Australia.
Jika anda ke Bali, jangan lupa untuk melawat 10 tempat menarik ini selain berkunjung ke tepian pantai, anda juga akan menikmati panorama yang cukup mempesonakan.
1. Pantai Kuta
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Pantai kuta adalah tempat tarikan pelancongan yang sangat terkenal di Bali. Nikmati keindahan Pantai Kuta yang cukup cantik dan kos pembelanjaan disini juga sangat murah.
2. Pura Tanah Lot
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Pura Tanah Lot juga merupakan tempat yang terkenal di Bali. Keindahan yang cukup untuk buat anda terpukau terutama ketika matahari terbenam. Mengikut mitos disini, ia adalah tempat untuk menyerunya dewa laut.
3. Pantai Padang Padang
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Pantai Padang Padang mungkin tidak popular seperti Pantai Kuta, namun pantai ini juga menjanjikan permandangan yang indah untuk anda.
4. Danau Beratan Bedugul
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Danau Beratan Bedugul adalah terletak di daerah pergununangan. Tempat yang terkenal dengan suasana alam semulajadi ini turut menawarkan aktiviti permainan air.
5. Garuda Wisnu Kencana (GWK)
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Garuda Wisnu Kencana atau sebutan singkatnya dipanggil sebagai 'GWK'. Tempat ini terletak di bahagian selatan Bali. Garuda Wisnu merupakan sebuah patung besar karya Nyoman Nuarta, walaupun tidak sempat siap dibina ia mempunyai sejarah tersendiri yang sangat menarik untuk diketahui.
6. Pantai Lovina
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Anda mungkin tidak pernah dengar nama pantai ini, tapi ia juga merupakan tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Di sini anda berpeluang melihat ikan lumba-lumba meloncat keluar dari habitatnya!
7. Pantai Jimbaran
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Pantai Jimbaran juga merupakan salah satu pantai yang popular di Bali. Jika kali pertama anda ke sini, apa yang anda akan nampak adalah deretan meja dan kerusi tersusun di atas pasir putih yang cukup cantik ini.
8. Monkey Forest
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Terletak di Ubud, Bali, Monkey Forest adalah sebuah hutan yang dihuni oleh banyak kera liar. Kera-kera ini dianggap keramat oleh penduduk setempat sehingga tidak boleh diganggu dan dibiarkan hidup di hutan.
9. Danau Batur Kintamani
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Terletak di gunung tertinggi ke-2 di Bali, Danau Batur Kintamani bersuhu sejuk dan dilengkapi dengan permandangan yang cukup mempersonakan.
10. Arung Jeram Sungai Ayung
 Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali
Selain daripada mandi pantai dan berjemur, anda juga boleh pergi ke Arung Jeram Sungai Ayung. Mandi-manda disini amatlah menyeronokkan dan udara di sini juga sangat nyaman!
Sumber : Tempat Menarik Bali
|