Oleh Izzah Abbasy
Pulau Gemia di Terengganu agak kurang popular dalam kalangan pelancong tempatan, tetapi ia cukup terkenal dalam kalangan pelancong asing yang sering menjadikan pilihan sebagai destinasi percutian. Jiran terdekat dengan Pulau Kapas ini dijadikan destinasi kegemaran pelancong asing adalah kerana suasananya yang sunyi dan memandangkan hanya satu resort sahaja yang terdapat di pulau ini. Pulau Gemia dikelilingi oleh batu-batuan dan sebahagian kawasan pantai menyebabkan pulau ini sedikit terpencil berbanding Pulau Kapas. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini termasuklah snorkeling, trekking, hiking dan berkayak. Namun pelancong asing lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka dengan membaca buku sambil menghadap biru laut China Selatan. Pulau ini juga destinasi penyu daripada spesis Agar untuk bertelur. Jika anda bernasib baik, mungkin berpeluang untuk melihat penyu spesis ini bertelur. Anak-anak penyu yang menetas akan diberi perlindungan dan dipelihara shinggalah tiba waktu yang sesuai untuk dilepaskan ke laut. Anda pasti teruja dan berkeinginan untuk bercuti ke sini apabila melihat suasana Pulau Gemia seperti di bawah ini.
Sumber : Visit Terengganu |
11
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
18
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT