CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1583|Reply: 4

Tak Ramai Yang Sedari Tarikan Dan Keindahan Pulau Gemia

[Copy link]
Post time 2-8-2016 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Pulau Gemia di Terengganu agak kurang popular dalam kalangan pelancong tempatan, tetapi ia cukup terkenal dalam kalangan pelancong asing yang sering menjadikan pilihan sebagai destinasi percutian.

Jiran terdekat dengan Pulau Kapas ini dijadikan destinasi kegemaran pelancong asing adalah kerana suasananya yang sunyi dan memandangkan hanya satu resort sahaja yang terdapat di pulau ini.

Pulau Gemia dikelilingi oleh batu-batuan dan sebahagian kawasan pantai menyebabkan pulau ini sedikit terpencil berbanding Pulau Kapas.

Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini termasuklah snorkeling, trekking, hiking dan berkayak. Namun pelancong asing lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka dengan membaca buku sambil menghadap biru laut China Selatan.

Pulau ini juga destinasi penyu daripada spesis Agar untuk bertelur. Jika anda bernasib baik, mungkin berpeluang untuk melihat penyu spesis ini bertelur. Anak-anak penyu yang menetas akan diberi perlindungan dan dipelihara shinggalah tiba waktu yang sesuai untuk dilepaskan ke laut.

Anda pasti teruja dan berkeinginan untuk bercuti ke sini apabila melihat suasana Pulau Gemia seperti di bawah ini.


































Sumber : Visit Terengganu





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 03:01 PM | Show all posts
uii canteknya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 09:36 AM | Show all posts
pulau2 kt laut china selatan mmg cantik2,.
kalau tengok time fly, biru je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 12:53 AM | Show all posts
cantik sungguh. mcm bora2. k tu tipu sikit
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 06:28 PM | Show all posts
Uishhhh. Cantik nya. Wajib pegi ni nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.115537 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list