Oleh : TS LOO Pokemon, sejenis permainan yang dihasilkan pada 1996 oleh Nintendo sebuah syarikat permainan video di Jepun dan kini menjadi kegemaran orang ramai di seluruh dunia,
Bermula daripada permainan 'palmtop' sehingga menjadi komik, animasi, filem dan termasuk produk periferal telah berjaya menjana jumlah keuntungan yang agak besar untuk syarikat tersebut. Dan baru-baru ini, syarikat tersebut sekali lagi mewujudkan satu fenomena di seluruh dunia apabila memperkenalkan sejenis aplikasi permainan video yang terbaru yang dinamakan Pokemon GO. Sehinggakan tersebar khabar angin terdapat pelabur filem di Hollywood yang yakin dengan peluang niaga yang ada, justeru mengambil keputusan untuk menerbitkan filem Pokemon yang bukan dalam bentuk animasi.
Sebelum ini, filem animasi Pokemon dihasilkan setiap tahun satu filem, namun kini, susulan kepopularan Pokemon GO yang sedang memuncak, pelabur filem mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan filem Pokemon yang bukan dalam bentuk animasi. Menurut laporan Deadline, syarikat filem Amerika Syarikat iaitu Legendary Pictures dikatakan bukan sahaja telah memperolehi hak cipta perfileman Pokemon, malah premium filem tersebut mungkin akan memecah rekod tertinggi untuk filem bukan animasi. Berita filem Pokemon tersebut akan mula penggambaran setelah disebarkan telah menimbulkan perbualan hangat di kalangan netizen dalam internet, ramai menyatakan teringin sangat menontonnya. Bagaimana pun, ada segelintir berharap filem Pokemon yang bukan dalam bentuk animasi tersebut tidak merosakkan keunikan dan elemen klasik Pokemon yang merupakan kenangan zaman kanak-kanak kebanyakan orang.- CARI sumber : http://www.telegraph.co.uk/ |
28
Bagus |
25
Marah |
20
Terkejut |
24
Sedih |
19
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT