BATANG KALI - Seorang pengusaha hotel bajet di sini diselubungi ketakutan apabila sering didatangi dua lelaki yang meminta wang dan mengugut menembaknya jika aduan dibuat kepada polis. Low Kwang Beng, 34, berkata, kejadian itu berlaku hampir setiap minggu sejak insiden samun di hotelnya 13 Jun lalu. “Kali terakhir mereka datang minggu lalu dan kebiasaannya mereka selepas jam 12 tengah malam. “Mereka mendesak saya menyerahkan RM1,000 setiap bulan dan jika saya beritahu perkara ini kepada polis, mereka ugut akan tembak saya,” katanya. Menurutnya, pada kejadian sebelum ini, dua lelaki itu dipecayai orang sama datang lebih kurang jam 12.30 dan bertanyakan sama ada terdapat seseorang datang menuntut bayaran RM1,000. “Saya bimbang keadaan ini dan meminta polis mengadakan rondaan berterusan di sini bagi menjaga keselamatan nyawa dan harta kami. “Saya amat berterima kasih di atas tindakan pantas anggota polis menangkap dua lelaki yang menyamun hotel saya pada Jun lalu tapi saya sangat berharap polis dapat tingkatkan lagi pengawasan di sini,” katanya. Menurutnya, perniagaannya semakin merosot berikutan kehilangan pelanggan disebabkan gangguan gangster terbabit. Dalam kejadian 13 Jun lalu, seorang pekerja wanita di hotel bajet sama diserang dua penyamun bersenjata pisau rambo jam 3 pagi. Dua penyamun lelaki terbabit mendesak mangsa menyerahkan wang serta telefon bimbit sambil menghunus pisau di kepalanya. Dalam kejadian itu, mangsa kerugian RM4,000, namun tindakan pantas polis berjaya menangkap penyamun beberapa minit kemudian.
|
7
Bagus |
31
Marah |
7
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
izamahmed posted on 25-7-2013 12:23 PM
Blok peniagaan Jalan Mahagoni 7/4 di mana kejadian ugutan di hotel mangsa.
ADVERTISEMENT