CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Marina Mendedahkan Rahsia Kasih Sayang Sejati Tun Mahathir & Siti Hasmah

13-7-2016 06:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14813| Komen: 20

Oleh : TS LOO


sumber foto: FB Marina Mahathir


Selama 13 tahun, sejak bersara sehingga sekarang, bekas Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Muhamad masih kelihatan aktif bukan sahaja di media tempatan mahupun antarabangsa. 


Tidak kira dalam apa jua majlis, bekas Perdana Menteri tersebut sentiasa diberi sokongan padu oleh isteri, Tun Dr Siti Hasmah.


Mereka berdua bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-60 pada bulan Ogos ini. 


Anak perempuannya Marina Mahathir, baru-baru ini memuat naik satu status di facebook miliknya untuk berkongsi rahsia ibu bapanya, walaupun sudah lanjut usia dan sekian lama berkahwin, namun mereka masih begitu menyayangi antara satu sama lain. 




Menurut Marina, ibu bapanya telah berkenalan pada zaman persekolahan dan mereka berkawan dalam tempoh yang agak lama, barulah ayahnya berkahwin dengan ibunya ketika umur 31 tahun, ketika itu adalah dianggap kahwin lewat. 


Datuk kepada Marina iaitu ayah kepada ibunya Siti Hasmah merupakan seorang lelaki guru agama yang berpegangan agama yang kuat. Datuk sentiasa ambil berat dan memastikan anak perempuannya memperolehi tahap pendidikan yang terbaik.


" Ketika ibu belajar jurusan kedoktoran di Universiti Malaya di Singapura, atuk dan nenek memberi sokongan sepenuhnya."


"Ketika ibu bapa saya memasuki era perkahwinan, mereka sudah memahami dan menerima dengan sepenuh hati kelakuan dan tabiat masing-masing. "


"Pada pendapat saya itulah rahsia sebenar kebahagiaan perkahwinan yang mampu mengekalkan hubungan mesra suami isteri buat selama-lamanya. "



sumber foto: FB Marina Mahathir


Di statusnya, Marina juga menyatakan ibu bapanya merupakan contoh teladan seisi keluarga. Seluruh ahli keluarganya sejak kecil dah mula cium dan peluk mak dan ayah serta orang tua. Datuk dan nenek akan cium dahi mereka, setiap kali keluar rumah.


Oleh itu, semua generasi muda dalam keluarga mudah meluahkan perasaan diri, jadi sekiranya nampak Mahathir berpegang tangan sambil bersiar-siar dengan seorang gadis muda yang tinggi dimana-mana sahaja, harap jangan salah faham kerana gadis muda itu adalah cucunya yang berumur 12 tahun.


Pernah ada seorang ahli politik wanita bercakap begitu dengan Mahathir, "Orang lelaki memang bernasib baik, mereka boleh menjadi ahli politik tanpa mendapatkan kebenaran daripada isteri."


Ketika itu, Mahathir menjawab : "Siapa yang kata?"


sumber foto: FB Marina Mahathir


Marina turut memuat naik sekeping gambar ibu bapanya duduk bersama, dan kelihatan mereka meletakkan cengkerang siput di bahagian telinga masing-masing, seolah-olah sedang berbual menggunakan telefon. 


Dalam penghujung statusnya, Marina menyatakan ibu bapanya bukan sahaja mesra berkomunikasi, malah saling mempunyai persefahaman dan sifat berjenaka yang sama. 


Dalam masa satu hari sahaja, status tersebut telah dikongsikan oleh lebih enam ribu orang dan kira-kira 60 ribu orang memberi tanda 'like'. - CARI 

17

Bagus
10

Marah
28

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 13-7-2016 08:36 PM
Ini baru sweeeeet.
Quote teen_angelJB 13-7-2016 10:03 PM
Tgu la pokjib ngn kak mah mesra2 gini..
Nnt.ramai la.mncemar duli memuji..
Quote Andyscenes 13-7-2016 11:24 PM
the legend
Quote doublethread 14-7-2016 12:47 AM
Yang suka buat drama dengan tajuk suamiku....isteriku.... encik.... cik....mr...miss bagai tu kena belajar something dari love story gini. Try la create love story cerdik sikit.
Quote khaliesah 14-7-2016 11:58 AM
sweet sgt....
Quote Cik_Andak 14-7-2016 12:03 PM
sweetnya diorang...suka tengok..
Quote rosasa 14-7-2016 01:52 PM
suka kapel ni

Quote CrowneGlory 14-7-2016 03:09 PM
teringat marina ni pernah buat lawak psl rambut pelesu mak dia....kuang ajaq sgt
Quote nut.legacy 14-7-2016 04:27 PM
relationship goals
Quote robinmosby 14-7-2016 06:35 PM
Tak kesahlah apa yang orang nak cakap still the best prime minister ever. Tun siti hasmah sangat humble. Kawan stewardess cerita sebab diorang bagi layanan baik dalam flight, tun berdua yang sibuk nak amek gambar dengan diorang. Bayangkan. Siap panggil my friend 'anak' lagi.
Quote robinmosby 14-7-2016 06:35 PM
Tak kesahlah apa yang orang nak cakap still the best prime minister ever. Tun siti hasmah sangat humble. Kawan stewardess cerita sebab diorang bagi layanan baik dalam flight, tun berdua yang sibuk nak amek gambar dengan diorang. Bayangkan. Siap panggil my friend 'anak' lagi.
Quote Artemesiaa 14-7-2016 06:39 PM
Seronok tengok pasangan orang tua macam ni nampak sweet sgt
Quote rinarif 14-7-2016 10:09 PM
PM yg plg terbaik yg Malaysia pernah ada. Tak la malu nak mengaku rakyat Malaysia.
Quote nabilarini 15-7-2016 08:48 AM
comel sangat..... sembang ngan cengkerang.....membesar dengan pemerintahan Tun.... bersyukur sangat2... Tun M PM TERBAIK....
Quote nonok22 15-7-2016 12:35 PM
Nampk comel n suwittt
Quote HazeLJoseph 15-7-2016 11:27 PM
Faktor didikan mereka melahirkan anak yang tahu menghargai
Quote finesse 16-7-2016 06:34 AM
Atok nenek ak baik2 jah xde bercerai pun... xde pulak masuk akhbar bagai..
Quote watie_na 16-7-2016 08:56 AM
kenapa nak bandingkan dgn atok nenek sendiri. tun berdua satu dunia kenal, atok nenek kita satu kg je kenal. bila cakap atok nenek kita ok je, tak masuk akhbar pun, bunyi mcm menyampah kat tun berdua.
Quote harisanis 16-7-2016 11:17 AM
tun det antara lelaki terhebat di dunia

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.044077 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top