Oleh : TS LOO
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kesal dengan kes tembak mati yang terbaru ke atas dua warga kulit hitam oleh polis di Louisiana dan Minnesota. Beliau dalam kenyataannya berkata negara berkenaan sudah terlalu kerap menyaksikan tragedi seumpama itu berlaku. Obama merayu supaya penduduk di negara itu tidak melihat perkara itu sebagai isu sampingan. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa berkenaan, yang dibunuh oleh seorang anggota polis. Obama berucap sebaik tiba di Warsaw bagi menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Pada Rabu, seorang pegawai polis Minnesota menembak mati Philando Castile, ketika mangsa berada dalam kereta dengan tunangnya, Diamond Reynolds, dan anak Reynolds yang berumur empat tahun. Kejadian itu disiarkan secara langsung dalam video yang dikongsi secara meluas di Facebook sehari sebelum kejadian. Sementara itu, pada hari Selasa dan Rabu waktu tempatan Amerika Syarikat, berulang kali tersebar berita tentang pegawai polis menembak mati warga Afrika sehingga timbulnya pertikaian. Di beberapa bandaraya seperti New York, Chicago, bandar Minnesota di St.Paul berlakunya tunjuk perasaan yang dinamakan 'Black Lives Matter' anjuran masyarkat setempat kelmarin yang bertujuan untuk mengadakan bantahan jalanan. Hasilnya, dalam tunjuk perasaan yang diadakan di Dallas, Texas, seramai 11 pengawai polis kena tembankan, 3 orang daripadanya telah meninggal dunia.- CARI |
1
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT