Oleh : TS LOO Lorong kecemasan adalah digunakan untuk semua perkara kecemasan, pihak polis sudah banyak kali memberi amaran kepada semua pemandu dan pengguna jalanraya, jangan menggunakan lorong kecemsan ketika berlaku kesesakan trafik, sehingga menghalang laluan kereta ambulan dan bomba, namun masih ada ramai pemandu yang degil dan tidak mengambil peduli pesanan itu.
Dalam facebook Muhd Azul yang mungkin merupakan seorang pegawai perubatan yang ketika itu berada di dalam ambulan tersebut. Dia dipercayai telah memuat naik data perjalanan ambulan terbabit ke akaun facebooknya, hasilnya seperti mana yang dijangkakan, mengundang pertikaian hebat dikalangan netizen.
Dalam paparan videonya, Muhd Azrul menyatakan " Ada jugak yang tidak faham bahasa lagi.... Lokasi di Elite Highway hala ke selatan..." Menerusi paparan video jelas kelihatan ketika itu lebuhraya Elite mengalami kesesakan trafik yang teruk, kereta ambulan tersebut sedang bergerak laju di lorong kecemasan, sambil membunyikan siren, dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menyelamatkan orang. Pada asalnya merupakan lorong kecemasan yang lancar, tetapi sampai di tengah-tengah perjalanan dihalang oleh beberapa buah kereta. Setelah diperhatikan secara teliti, kereta pertama, kereta kedua, ketiga, keempat, kelima dan sampai yang keenam, semuanya bukan kereta biasa, semua adalah merupakan teksi. Setelah dihalang oleh begitu banyak kereta teksi, pemandu kereta ambulan mula kelihatan hilang sabar, selain sambil membunyikan hon, sambil memekiki menerusi pembesar suara : beri laluan ! beri laluan ! sila kosongkan (lorong) ada kecemasan berlaku! beri laluan! Beri laluan ! Setelah diberi amaran, pemandu teksi cuba mencari celah-celah kosong untuk memberi laluan kepada kereta ambulan, namun keadaan tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu waktu keemasan ambulan yang dalam perjalanan untuk menyelamatkan mangsa. Berikutan itu, ada kala kedengaran pemandu ambulan dan penolongnya hilang sabar memaki pemandu teksi yang degil menggunakan lorong kecemasan. Video tersebut dimuat naik oleh Muhd Azrul di facebooknya tidak sampai satu hari, sudah mencapai lebih 680 ribu orang klik dan menontonnya, dan video teresbut juga dikongsi oleh lebih 100 ribu orang. Pada masa yang sama lebih dua ribu orang turut tekan tanda gambaran emosi iaitu tanda 'marah' setelah menonton video itu. Komen yang diberi rata-rata yang memaki hamun dan menyatakan semua pemandu teksi terbabit tidak bertanggungjawab. Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat, oleh kerana saksi dan bukti sudah ada, maka pihak SPAD dan JPJ perlu mengambil tindakan yang sewajarnya! - Serahkan video ini kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya - Nampaknya pemandu teksi di Malaysia tidak erti undang-undang jalanraya - Nombor pendaftaran kereta teksi sudah diketahui, jadi JPJ bolehlah gantung lesen pemanduan mereka - SPAD, Kami nak lihat apa tindakan yang bakal diambil oleh kamu. Selepas kejadian tersebut, malahan ada sebilangan netizen mengambil keputusan tegas hanya menaiki GrabCar dan Uber sahaja. - Selepas ini, saya turut menyokong Uber dan GrabCar juga. - Jom, kita sokong Uber dan GrabCar kerana mereka lebih professional. - Pemandu teksi selama ini hanya tunjukkan sikap buruk mereka, bermua dari membelasah pemandu Uber dan GrabCar, sehingga kini menyalahguna lorong kecemasan.- CARI |
9
Bagus |
23
Marah |
9
Terkejut |
27
Sedih |
8
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tricomonas replied at 9-7-2016 10:35 PM
Patut la ramai anak drebar teksi tak menjadi...
Kirana888 replied at 1-2-2017 09:43 PM
Amboi pandainya semua nak kata kat pemandu teksi. Selama ni yg pakai emergency lane tu teksi saja ke ...
ADVERTISEMENT