Oleh : TS LOO Pemasaran iklan secara memaksa atau hard sales sudah tidak berkesan dalam zaman sekarang, syarikat pengiklanan lazimnya akan cuba mendapatkan idea yang ada kelainan untuk menarik pengguna. Tanpa mengira bagus atau pun tidak idea yang dihasilkan itu, apa yang penting ia dapat menimbulkan topik hangat dan disebarkan secara meluas di laman media sosial.
Baru-baru ini, terdapat satu iklan yang dikatakan tersebar luas di laman facebook berikutan individu yang ada dalam iklan itu menggunakan perkataan yang kurang sopan dan agak lucah, sekali gus mengundang kecaman hebat di kalangan netizen sehingga menjadi topik hangat di media sosial.
Paparan video yang berdurasi 3 minit menunjukan, seorang wanita Melayu berketampilan dan cara pengacaraan yang agak 'over', mendakwa dirinya telah ditipu, susulan terbeli sejenis produk yang tiada memberi kesan langsung. Pengeluar produk dikatakan berjanji ia akan membawa kesan dalam masa seminggu, tetapi apa yang berlaku hanyalah berat badannya kian meningkat, kulit turut menjadi bermasalah, tidak bermaya, malah asyik rasa mengantuk. Keadaan tersebut mengganggu hubungan intim bersama suaminya, suaminya mengadu dia kehilangan nafsu seks. Justeru itu, wanita tersebut meminta sebanyak 10 ribu ringgit daripada syarikat terbabit sebagai bayaran ganti rugi. Namun permintaan ganti rugi seolah-olah hanya setakat cakap sahaja. Bahagian seterusnya video tersebut kelihatan pula wanita berkenaan mula memuji produk lain yang disifat olehnya setelah minum produk yang berunsurkan minuman itu, dia berkeupayaan melakukan hubungan seks dengan suaminya setiap hari. Akhir sekali, dia mengeluarkan produk tersebut dan memperkenalkannya dalam bentuk penyampaian yang agak over. Oleh kerana, penggunaan ayat yang kurang sopan dan cara promosinya yang kasar, rata-rata netizen membidas wanita terbabit tidak erti malu. sumber foto: FB Kaki Share Komen Netizen : # Tiada masalah sebelum ini, tetapi selepas minum, terus hilang maruah diri, dan hilang rasa malu ! # Setealh menonton video ini, lagi membuatkan saya tidak ada keinginan untuk membeli, 50 sen ke 20 sen pun tidak mahu beli. Saya tidak tahu apa akan terjadi setelah minum produk tersebut. # Bagi saya video ini lebih bertujuan untuk menghina produk buatan orang Melayu, kelihatan murah dan menakutkan orang. # Cara rakyat Malaysia memasarkan produk kecantikan semakin hari semakin tidak kemaruahan. Walaupun, video tersebut berjaya dikongsi dan disebar secara meluas dan ianya sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi penjenamaan produk tersebut, tetapi adakah anda rasa berbaloi dengan cara pemasaran yang sebegini rupa? - CARI |
6
Bagus |
14
Marah |
17
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Andyscenes replied at 6-7-2016 09:57 AM
adakah aku sorg yg mempunyai perasaan untuk menampar wanita itu?
cadarblogsot replied at 6-7-2016 04:14 PM
Rasa mcm nk : : :
ADVERTISEMENT