CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tanpa Dekorasi Aidilfitri, Pasaraya Terkemuka Pulau Pinang Dikecam

4-7-2016 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9295| Komen: 13

Oleh : TS LOO



sumber foto: Akaun facebook Faten 


Setiap kali menjelang perayaan tiba, kebanyakan pusat membeli belah terkemuka di negara kita pasti akan mengadakan dekorasi yang mempunyai tema tertentu di kawasan lobi utamanya.

Selain untuk memeriahkan lagi suasana perayaan terbabit, ia juga merupakan satu langkah strategik pemasaran yang bertujuan untuk membolehkan pengunjung yang datang dapat mengambil gambar di lokasi perhiasan tersebut sebagai kenangan. 

Ketika kita semua menganggap tindakan dekorasi sempena perayaan itu adalah perkara yang harus diadakan, ada seorang muslimah meluahkan rasa marahnya di laman facebooknya berhubung salah sebuah pusat membeli belah terkemuka di Pulau Pinang yang dikatakan langsung tidak mengadakan dekorasi sempena Hari Raya Aidilfitri, sekaligus membidas adakah dirinya sedang berada di Malaysia?


Muslimah tersebut dengan nama Faten dalam status facebook nya pada 27hb Jun, mengecam Queensbay Mall Pulau Pinang langsuang tidak mengadakan dekorasi dan dibiarkan kosong kawasan lobi pusat membeli belah tersebut, dia berasa amat terkejut dan sedih :

" Kita rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum yang berbeza bangga dapat hidup dalam suasana harmoni dan dapat meraikan semua perayaan bersama-sama. Tapi kini apa yang berlaku di pusat membeli belah itu seolah-olah sedang berkabung."


"Adakah pusat membeli belah tersebut beranggap Hari Raya Aidilfitri tidak patut diadakan dekorasi ?"


sumber foto: Akaun facebook Faten 


Menurut Faten lagi, lazimnya sempena Hari Krismas, Tahun Baru Cina dan Hari Valentine pusat membeli belah tersebut pasti mengadakan dekorasi perayaan besar-besaran, tetapi pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali langsung tiada sebarang dekorasi dilakukan. 

Selepas mengemas kini status facebooknya, Faten memaklumkan terdapat dekorasi perayaan Aidilfitri di salah satu sudut di pusat beli belah tersebut, cuma masalahnya lokasi perhiasannya adalah di depan sebuah restoran yang terkenal dengan menu hidangan yang berunsurkan daging babi.

" Memang bagus, Queensbay Mall, suka hatilah apa yang anda lakukan itu, bodoh, kurang sensitif dan seratus peratus menghinakan."


sumber foto: Akaun facebook Faten 


Setelah dikongsi dan dikomen oleh netizen, status tersebut memperolehi reaksi yang berbeza, ada yang bersetuju dan ada yang membantah dengan apa yang diluahkan oleh Faten. 

Bagi yang membantah, mereka berpendapat Faten telalu sensitif kerana perkara tersebut tidaklah penting sangat, lagipun pihak pusat membeli belah berkenaan mempunyai hak dan pilihan sendiri untuk mengadakan sebarang dekorasi.

Manakala bagi mereka yang sokong pula beranggapan isu perkauman perlu lebih diambil perhatian di dalam Pulau Pinang. 

Pada keesokan hari, pusat membeli belah terbabit memberi respond ke atas dakwaan tersebut di akaun facebook rasmi mereka dengan menyatakan dekosrasi sempena Hari Raya Aidilfitri diadakan setiap tahun sebelum ini. 


Loading FB Post...

Tahun ini tidak dapat berbuat demikian berikutan siling dan lantai di kawasan utama lobinya sedang melakukan penyelenggaraan besar-besaran.

Status itu turut maklumkan, walaupun tiada dekorasi di kawasan utama lobi, tetapi ada juga dekorasi Aidilfitri di kawasan sayap utara di tingkat bawah pusat membeli belah. Selain itu, pertunjukkan dan permainan tradisional Melayu akan diadakan pada 1hb hingga 10hb Julai.

Pihak pusat membeli belah berjanji pada Hari Raya Aidilfitri tahun depan segalanya akan dijalankan seperti biasa. 

Namun ada netizen yang mengadakan kempen memboikot pusat beli belah tersebut, serta mengecam alasan penyelenggaraan dan menpersoalkan sekiranya proses penyelengggaraan sedang dilakukan, tetapi kenapa terdapat pula Majlis Pameran kereta masih boleh diadakan dari 30hb Jun sehingga 3hb Julai. 


Sumber foto: Akaun Facebook KenLink 


Difahamkan, apa yang dinyatakan oleh netizen itu adalah benar, kerana pada tarikh dan lokasi yang berkaitan memang benar terdapat pameran kereta sedang diadakan. Syarikat KenLink turut memaparkan gambar pameran kereta di facebook rasmi mereka pada awal pagi. 

Menurut laporan FMT, jurucakap pusat membeli belah terbabit memberi penjelasan, kerja-kerja penyelengaraan akan dimulakan pada waktu malam  Ahad selepas sahaja pameran kereta diadakan.- CARI




7

Bagus
26

Marah
24

Terkejut
30

Sedih
17

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeMax 4-7-2016 03:46 PM
Alaaaa...kalu dia decorate Hari Raya nanti umah Isle PPRT sentap n tuduh menghina Isle pulo......
Quote Themilo 4-7-2016 04:37 PM
Kalo ada deko pun, cikki nih nak bakpe? Nak selfie sambil terjuih bibir?
Quote Themilo 4-7-2016 04:37 PM
Kalo ada deko pun, cikki nih nak bakpe? Nak selfie sambil terjuih bibir?
Quote clarizsa 4-7-2016 05:41 PM
oh queensbay... ummah sentap knapa..

teringat i masa Xmas 2015 tu.. kebetulan masa i lalu tgh ada mock snow... menarik.. buih2 umpama salji.. hehe..
Quote si-buta 4-7-2016 07:11 PM
Jangan la kecam mall sendu sengkek tuh
Quote merrissa 4-7-2016 09:06 PM
terima jela kenyataan cik paten.....hang tu sapa....no need to entertain u...
Quote misscendol 5-7-2016 01:07 AM
Ish ish ish. Harap2 xdelah org blame sesam insan
Quote lorelai 5-7-2016 12:13 PM
Kalau krismas bulan 11 da siap deconya
Quote archer13 7-7-2016 02:55 PM
pasal deco pun nak sentap
Quote anees~nuhara 8-7-2016 10:55 AM
lahaiiiiii....
Quote JerukBuaya 9-7-2016 09:19 AM
dia xde budget


apa boleh buat.................rumah org yg  keji tu mesti semenggah kan dekorasi  ketupat lemang  pelita 7 likur....LOL
Quote turboturtle 10-7-2016 06:35 PM
X kisah pun, sebab owner bukan muslim, Cainis....kalu aku jd pemilik pusat beli belah @ hotel xde maknanya aku nak buat deco perayaan agama lain.

Lainlah Capita mall malaysia buat kenyataan raya muslim & melayu xpenting.
Quote nonok22 15-7-2016 12:58 PM
Hias rumah je la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.143070 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top