Oleh Izzah Abbasy Penyanyi Ezad Lazim terpaksa dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah kira-kira pukul 9 pagi pada Khamis setelah mengalami muntah-muntah yang luar biasa sejak seminggu lepas. Isterinya Nor Azeana Ramli, memberitahu, suaminya dibawa pulang ke Kedah pada Selasa lepas apabila keadaan kesihatannya mengalami kemerosotan. Dia juga tidak boleh makan sejak 21 Jun lepas selain mengalami muntah lebih 30 kali sehari. Keadaan itu menjadikan punca badannya lemah dan dia tidak mampu untuk berdiri. Kelmarin kakaknya dari Kedah datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil Ezad Lazim sekeluarga dan dibawa pulang ke kampung. Nor Azeana memberitahu, dia sudah membawa suaminya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang pada 23 dan 24 Jun lepas, namun hanya diberi rawatan pesakit luar. Kata Nor Azeana, itu merisaukan keluarga Ezad di Kedah sehingga mereka membuat keputusan untuk membawa dia mendapatkan rawatan di negeri itu. Katanya, Ezad merancang untuk menjalani pembedahan hidung pada Ogos depan akibat penyakit lamanya yang semakin serius sehingga menjejaskan suaranya. Ezad mengalami muntah sejak 1 Jun lepas tetapi tidak banyak. Penyakit sinus yang dialaminya menjadi punca dia tidak mampu untuk menghidu malah ia turut mengganggu suaranya sehingga menjadi semakin sengau. Tambah Nor Azeana berat badan Ezad merosot daripada 68 kilogram sehingga 54 kilogram akibat masalah kesihatannya kini. Ezad turut memuatnaik gambar di Instagram dalam keadaan dirinya duduk di atas katil hospital. Samalah kita doakan kesejahteraan Ezad Lazim dan segala urusan pembedahan berjalan dengan lancar. - CARI Infonet
|
9
Bagus |
20
Marah |
22
Terkejut |
13
Sedih |
41
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
famri7 replied at 30-6-2016 09:37 AM
Cash ke sis?
Suchi replied at 30-6-2016 09:54 AM
Ada lagu baru kt radio suara cam ezad ni tp lagu tu sedapla
Xtaulah lagu dia ke lagu sapa sbb byk n ...
mokcikKSKB replied at 30-6-2016 10:14 AM
Lagu demi cinta ke uols....aku kalau dgr sora ezad ni boleh cair hbis.tp bila dia stat bcakap poto ...
doubleA replied at 30-6-2016 10:12 AM
get well soon, baru tgk fb ezad heols balik aloq staq.
siannya, tak lalu makan, dehydrated sampa ...
hotmak replied at 30-6-2016 10:19 AM
Tgk muka lg turn off terus, kekdahnya dgr sora je ok
hotmak replied at 30-6-2016 10:22 AM
Ada gambar dia kat fb, mmg nampak kurus & tak sihat, kesian nak raya ni
Suchi replied at 30-6-2016 09:54 AM
Ada lagu baru kt radio suara cam ezad ni tp lagu tu sedapla
Xtaulah lagu dia ke lagu sapa sbb byk n ...
ADVERTISEMENT