CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Impian Zulin Aziz Jadi Deejay Radio Akhirnya Termakbul

2-7-2016 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15069| Komen: 25

Description: Impian pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 26, untuk menjadi penyampai radio akhirnya..

Oleh : Dean BZ

Zulin teruja untuk memulakan tugas sebagai penyampai radio Suria FM. Foto LOW PAY PHOON


Impian pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 26, untuk menjadi penyampai radio akhirnya termakbul apabila ditawarkan menjadi penyampai radio Suria.fm.


"Jujurnya apabila saya berjumpa dengan pihak pengurusan Suria FM, mereka mahu saya menjadi diri sendiri dan saya terus bersetuju.


"Sekiranya mereka meminta saya mengubah diri saya yang santai kepada serius mungkin saya akan berfikir dua kali sebelum menerima tawaran tersebut kerana saya tidak mampu memenuhi permintaan tersebut.


"Alhamdulillah dengan kebebasan itu boleh membantu saya mencari rentak untuk menarik perhatian pendengar," katanya kepada mStar Online.


Pada Khamis lalu, Suria FM mengumumkan empat wajah baharu menyertai stesen milik Star Media Group itu berkuatkuasa pada 1 Julai (hari ini). Selain Zulin, tiga lagi penyampai baharu stesen itu adalah Tyzo, Fizi dan Suraya.



Zulin bakal bergandingan dengan Fizi dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria manakala Tyzo dan Suraya akan mengendalikan segmen Ceria Petang Suria.


Dalam pada itu, Zulin berkata, dia memang meminati bidang penyiaran radio dan menganggap karier baharunya itu sebagai rezeki bulan Ramadan.


Terdahulu, penyanyi dan penyampai radio, Adibah Noor, 46, mengesahkan telah meletakkan jawatan sebagai deejay radio Suria FM bermula 31 Mei 2016.


BACA JUGAAdibah Noor Letak Jawatan Sebagai Deejay Suria FM, Kenapa Eh?


Dengan kehadiran Zulin sebagai penyampai radio baharu Suria.fm pastinya akan lebih meriah kerana Zulin sememangnya mempunyai ramai peminat. - CARI.



Sumber - mStar Online
19

Bagus
22

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 2-7-2016 03:37 PM
Umur 26..tp dah mcm 45 above ja
Btw...tak suka zulin ni..gigih nak buat lawak tp tak kelakar pun
Suara bingit...mcm kak engku gak
Quote maxim 2-7-2016 03:55 PM
cmf_premierleag replied at 2-7-2016 03:37 PM
Umur 26..tp dah mcm 45 above ja
Btw...tak suka zulin ni..gigih nak buat lawak tp tak kelakar pun
S ...

Aku pn rasa cmtu. Xnmpak apa yg best die ni
Quote cmf_premierleag 2-7-2016 04:34 PM
maxim replied at 2-7-2016 03:55 PM
Aku pn rasa cmtu. Xnmpak apa yg best die ni

Kheen.....gigih nak bagi org minat dia...walau hauk
Kalo ada zulin kt tv akak tukar cenel terus
Quote maxim 2-7-2016 04:38 PM
cmf_premierleag replied at 2-7-2016 04:34 PM
Kheen.....gigih nak bagi org minat dia...walau hauk
Kalo ada zulin kt tv akak tukar cenel terus

Sorg lg geng die tu.. Shery alwatever ntah nama.. Ada dua ni mmg iols tukar channel
Quote melinda_kerr 2-7-2016 05:21 PM
cmf_premierleag replied at 2-7-2016 03:37 PM
Umur 26..tp dah mcm 45 above ja
Btw...tak suka zulin ni..gigih nak buat lawak tp tak kelakar pun
S ...

betul! another kak Engku
Quote Nham22 2-7-2016 05:31 PM
Tolonggggggggla jd dj at least matangg... matang dah cukup dah...pandai2lah bawak diri.. jgnla buat lawak bodoh sebodohnye..mcm dj2 hauk kat msis ni
Quote atekome 2-7-2016 05:55 PM
Bkn tyzo dlu pnh di buang?? Or nie tyzo yg laen...
Quote cahaya_almas 2-7-2016 10:20 PM
Linda on kt.radio mana skrg?boring nya suriafm skrg....tk tau nk dgr radio apa lg yg best.....
Quote URUHA 2-7-2016 11:34 PM
Cm x best je kalau heshe jd dj. She's trying too hard utk wt lawak tapi sedeyh sbb punchline x sampai btw matured nau si zulin nih. Meols ingat dia da 30++
Quote merrissa 3-7-2016 01:32 AM
URUHA replied at 2-7-2016 11:34 PM
Cm x best je kalau heshe jd dj. She's trying too hard utk wt lawak tapi sedeyh sbb punchline x sampa ...

haah...me setuju.....dah la dia suke jerit2....sakit telinga dengar...sib bek memang x dgr suria....
Quote hangdenim 3-7-2016 01:33 AM
Nak kritik zulin ni tak sampai hati, tapi tu lah... Gonna stick to sepahtu sinar ler nampaknya.
Quote adeqbun 3-7-2016 01:37 AM
cmf_premierleag replied at 2-7-2016 04:34 PM
Kheen.....gigih nak bagi org minat dia...walau hauk
Kalo ada zulin kt tv akak tukar cenel terus

zulin dan sherry alhadad mmg ai pangkah kalo jd mc.smpi skang xphm nape org kate die klakar..over sgt...lawak x menjadi..taniya baideway sbb dh jd deejay..xyah nak beriya nnt ye..biase2 je relax2..
Quote nashrudean 3-7-2016 09:37 AM
26 thun? mati2 ingat dah 30's..

btw DJ Brian yg kt Suria tu org yg sama Brian Master Chef ke?
di muslim ke? sbb ada segmen Brian Tanya Ustazah...ala2 mualaf gitu segmen
Quote Adeakukesah11 3-7-2016 10:22 AM
Ingat aku sorg je rasa dia ni bingit
Betul laaaaaa zulin-kak engku wannabe
Quote syadq 3-7-2016 10:44 AM
Rembes pulak tgok yg baju hijau tu..tetiba. Sekian.
Quote LoveSungmin 3-7-2016 03:49 PM
nashrudean replied at 3-7-2016 09:37 AM
26 thun? mati2 ingat dah 30's..

btw DJ Brian yg kt Suria tu org yg sama Brian Master Chef ke?

Iols pon tertanya2 gak pasal Brian ni.. Sore sejibik so iols rasa mmg Brian Mastercep..  
Quote fadz84 3-7-2016 03:53 PM
LoveSungmin replied at 3-7-2016 03:49 PM
Iols pon tertanya2 gak pasal Brian ni.. Sore sejibik so iols rasa mmg Brian Mastercep..

Mmg abg Brian tu Brian masterchef pun.. ehe
Quote imransulaiman 3-7-2016 05:06 PM
Zulin ni dalam gambar kejap nampak kurus kejap nampak gemuk
Quote lailasyafinaz 4-7-2016 11:32 AM
iolss suke zulin nie .suke tgk2 ig dia.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058487 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top