CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

bayi wanita jatuh gaung meninggal

24-7-2013 02:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10920| Komen: 70

Bayi wanita jatuh gaung meninggal



Lokasi mangsa, Nur Ainul dan suami terjunam ke dalam lubang tanah mendap di Jalan Sungai Lalang-Jelebu, Semenyih, Ahad lalu. gambar kecil menunjukkan papan tanda yang menyatakan jalan ditutup.


Ampang: Seorang wanita sarat mengandung yang terjatuh dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Sungai Lalang-Jelebu, Kajang, Ahad lalu, menerima takdir bahawa bayi dalam kandungannya meninggal dunia akibat kejadian itu.

Nor Ainul Mohd Nasir, 38, melahirkan bayi perempuan yang berusia lapan bulan di Hospital Ampang, kira-kira jam 3 pagi, kelmarin dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Saya tidak sangka niat untuk berbuka puasa bersama keluarga bertukar tragedi apabila anak dalam kandungan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di hospital itu, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, Nor Ainul yang membonceng motosikal ditunggang suaminya, Samsul Ahmad, 31, mengalami hentakan apabila kenderaan itu terjatuh ke dalam gaung.

Dia yang patah kaki kanan, terpaksa bertahan dalam gaung itu selama tiga jam sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.

Mangsa jatuh terguling

Ketika kejadian itu, ibu kepada empat orang anak itu berkata, dia hanya mampu berdoa apabila jatuh terguling agar anak dalam kandungan selamat.
“Kami terpaksa menunggu tiga jam sebelum bomba datang menghulurkan bantuan.
Lebih membimbangkan, pada ketika itu air ketuban saya sudah keluar mungkin kerana hentakan kuat, namun belum ada rasa sakit untuk bersalin.

“Sebaik tiba di hospital, doktor yang melakukan pemeriksaan memaklumkan bayi saya sudah tidak bernyawa. Kira-kira jam 3 pagi, saya bersalin dalam keadaan sedih, selain kaki kanan tidak boleh berfungsi akibat patah,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Nor Ainul berkata, dia dan suami yang menetap di Gombak dalam perjalanan ke rumah ibu mentuanya di Jalan Semenyih.

Katanya, suaminya menggunakan laluan itu sebagai jalan pintas kerana sudah terlambat untuk berbuka puasa di rumah mentuanya walaupun sudah lama tidak melalui jalan itu.

“Ketika itu keadaan sudah gelap dan kami tidak nampak jalan itu terputus sebelum terjunam ke dalam gaung. Saya tercampak sebelum jatuh ke bawah dan sempat disambut suami,” katanya.



Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-7-2013 12:59 PM
kesiannya..
bertabah la kak...
memang perit nak terima...
Quote siputsedut 24-7-2013 01:10 PM
kesiannya..dah 8 bulan anak dah sempurna jadik manusia dah tunggu hari aje..harap akak ni bertabah...
Quote wak_karman 24-7-2013 01:10 PM
innalillah....
semoga tabah menghadapi dugaann...
Quote sk77 24-7-2013 01:14 PM
sedihnya..
Quote pakwetizzaqyah 24-7-2013 01:15 PM
tengah2hari mendung hujan ni dah ada cerita sedih...potong betol la
Quote prettyuglybabe 24-7-2013 01:17 PM
kasihan.. semoga mereka tabah
Quote epysha 24-7-2013 02:13 PM
bila gaung mesti terbayang tanah tinggi/ bukit..
Quote Babai 24-7-2013 02:15 PM
prettyuglybabe posted on 24-7-2013 01:17 PM
kasihan.. semoga mereka tabah

Dia langgar arahan jalan tutup ke?
Quote mek_win 24-7-2013 02:17 PM
takziah....
Quote haryatie 24-7-2013 02:18 PM
Innalillah..
kesiannyer...bertabahlah..
Quote nuralisa 24-7-2013 02:18 PM
Babai posted on 24-7-2013 02:15 PM
Dia langgar arahan jalan tutup ke?

aha..dia langgar arahan...
maknanya itu jalan mati la kan.. tapi bergaung..

kesiannya...
Quote ladygempak 24-7-2013 02:19 PM

takziah dan semoga tabah hadapi apa yg berlaku
Quote misspokoyo 24-7-2013 02:21 PM
Babai posted on 24-7-2013 02:15 PM
Dia langgar arahan jalan tutup ke?

ye dia langgar arahan jalan tutup sbb nak cepat..
Quote Nash^Roy 24-7-2013 02:22 PM
kesian betul.. dah mcm cite hindustan lak.. harap2 dpt rezeki tahun dpn.. insyaallah..
Quote abil_tetra 24-7-2013 02:23 PM
Besar jugak signboard tu...dgn penghadang nyer x nmpk kah. Nak shortcut pon bole cepat brp minit je pon
Quote noor2 24-7-2013 02:24 PM
kesiannya.....


takziah....
Quote misspokoyo 24-7-2013 02:25 PM
abil_tetra posted on 24-7-2013 02:23 PM
Besar jugak signboard tu...dgn penghadang nyer x nmpk kah. Nak shortcut pon bole cepat brp minit je  ...

rasanya dia nampak kot.. tp dia tak expect jalan putus... mungkin dia ingat jalan rosak skit2..
Quote misspokoyo 24-7-2013 02:26 PM
siputsedut posted on 24-7-2013 01:10 PM
kesiannya..dah 8 bulan  anak dah sempurna jadik manusia dah  tunggu hari aje..harap akak ni ...

tu lah.. sian sgt..
Quote aqissa 24-7-2013 02:26 PM
musykil cket...xkan x nampak signboard tu bang...
xpelah...tabahlah...ada rezeki lagi...insyaallah

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.197377 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top