|
Bayi wanita jatuh gaung meninggal2013/07/24 - 06:27:44 AM Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Nor Azizah MokhtarCetakEmel Kawan
[url=]
[/url][url=][/url][url=]
[/url]
Lokasi mangsa, Nur Ainul dan suami terjunam ke dalam lubang tanah mendap di Jalan Sungai Lalang-Jelebu, Semenyih, Ahad lalu. gambar kecil menunjukkan papan tanda yang menyatakan jalan ditutup.
Ampang: Seorang wanita sarat mengandung yang terjatuh dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Sungai Lalang-Jelebu, Kajang, Ahad lalu, menerima takdir bahawa bayi dalam kandungannya meninggal dunia akibat kejadian itu.
Nor Ainul Mohd Nasir, 38, melahirkan bayi perempuan yang berusia lapan bulan di Hospital Ampang, kira-kira jam 3 pagi, kelmarin dan disahkan sudah meninggal dunia.
“Saya tidak sangka niat untuk berbuka puasa bersama keluarga bertukar tragedi apabila anak dalam kandungan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di hospital itu, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, Nor Ainul yang membonceng motosikal ditunggang suaminya, Samsul Ahmad, 31, mengalami hentakan apabila kenderaan itu terjatuh ke dalam gaung.
Dia yang patah kaki kanan, terpaksa bertahan dalam gaung itu selama tiga jam sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.
Mangsa jatuh terguling
Ketika kejadian itu, ibu kepada empat orang anak itu berkata, dia hanya mampu berdoa apabila jatuh terguling agar anak dalam kandungan selamat.
“Kami terpaksa menunggu tiga jam sebelum bomba datang menghulurkan bantuan.
Lebih membimbangkan, pada ketika itu air ketuban saya sudah keluar mungkin kerana hentakan kuat, namun belum ada rasa sakit untuk bersalin.
“Sebaik tiba di hospital, doktor yang melakukan pemeriksaan memaklumkan bayi saya sudah tidak bernyawa. Kira-kira jam 3 pagi, saya bersalin dalam keadaan sedih, selain kaki kanan tidak boleh berfungsi akibat patah,” katanya.
Menceritakan kejadian itu, Nor Ainul berkata, dia dan suami yang menetap di Gombak dalam perjalanan ke rumah ibu mentuanya di Jalan Semenyih.
Katanya, suaminya menggunakan laluan itu sebagai jalan pintas kerana sudah terlambat untuk berbuka puasa di rumah mentuanya walaupun sudah lama tidak melalui jalan itu.
“Ketika itu keadaan sudah gelap dan kami tidak nampak jalan itu terputus sebelum terjunam ke dalam gaung. Saya tercampak sebelum jatuh ke bawah dan sempat disambut suami,” katanya.
[url=]
[/url]
|
|