CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bapa Artis Minta Anaknya Kahwin Perempuan Sama Agama

24-7-2013 01:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30123| Komen: 120

Bapa Artis Mahu Anaknya Kahwini Gadis Seagama


*Gambar sekadar hiasan

KL, 23 JULAI 2013: Baru-baru ini Murai Batu ada terbaca kisah percintaan antara seorang selebriti lelaki yang dikaitkan dengan seorang artis wanita dalam sebuah akhbar tabloid.

Murai Batu rasa, sudah berpuluh kali mereka menafikan keintiman mereka berdua. Bagaimanapun sekuat itu jugalah pihak media mengatakan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan istimewa bersandarkan beberapa insiden dan keakraban mereka berdua.

Namun tidak lama dulu, teman Murai Batu ada memberitahu Murai Batu bahawa dia pernah berborak ringkas dengan bapa kepada selebriti lelaki berkenaan dalam satu majlis.

Jadi kesempatan itu telah digunakan teman Murai Batu itu untuk meminta padangan serta pendapat bapa selebriti berkenaan tentang hubungan yang terjalin antara antara anak terunanya itu dengan artis wanita yang dimaksudkan.

Sudah tentu sebagai seorang bapa, dia mahukan yang terbaik untuk anaknya terutama dalam soal memilih jodoh sebagai pasangan hidup. Namun Murai Batu difahamkan, bapa artis berkenaan agak keberatan untuk menerima selebriti wanita itu kerana faktor berlainan agama.

Sebagai bapa yang sering melihat jatuh bangun anaknya itu, dia mahu artis berkenaan menjalinkan hubungan atau menamatkan zaman bujangnya dengan wanita seagama kerana disifatkannya lebih mudah.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna bapanya tidak merestui hubungan yang sudah terjalin antara kedua-dua pasangan muda itu.

Kerana secara teknikalnya, bapa artis lelaki berkenaan hanya mengenali artis wanita itu secara kasar tetapi tidak secara dekat. Jadi sukar untuknya meramalkan masa yang bakal terjalin antara mereka berdua.

Apatah lagi menurut bapa artis berkenaan, masih terlalu awal untuk anaknya memirkan soal berumah tangga memandangkan usia anak lelakinya itu masih di awal 20-an.

Kata bapa berkenaan, adalah lebih baik jika anaknya itu memikirkan soal kerjaya seni dan tidak mengambil pusing tentang hal rumah tangga yang semestinya banyak hiruk pikuk serta penuh susah payah.

Begitulah yang pernah diluahkan oleh bapa selebriti lelaki berkenaan tidak lama dulu. Murai Batu harap kini pandangan bapa selebriti lelaki berkenaan berubah.

Murai Batu: Teringat dengan filem Sepet yang mengetengahkan hubungan cinta antara dua agama berbeza.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 24-7-2013 12:37 AM
Off Topic :
Jom dgr lagu ni..

[youtube]NCxnbbyq3e8[/youtube]

Quote dauswq 24-7-2013 12:47 AM
terang2 akim dlm nama di atas
Quote roblucci 24-7-2013 12:49 AM
dauswq posted on 24-7-2013 12:47 AM
terang2 akim dlm nama di atas

pandai ko spekku
Quote juliez 24-7-2013 01:10 AM

Hayati juga video berikut


[youtube]OxPyLLCsjGI[/youtube]
Quote bantal_busuk 24-7-2013 01:16 AM
akim dan stacy lah ni..
Quote Ferr_Remy 24-7-2013 01:20 AM
Mcm la ensem sgt si Akim tu.. lantak p die la nak kawen dgn sape...
Quote kara89 24-7-2013 01:53 AM
akim silalah lengkapkan diri dengan ilmu agama supaya dapat bimbing stacy nanti
Quote kakikuDibibirmu 24-7-2013 01:54 AM
go Stacy go! go baby go!
Quote kakikuDibibirmu 24-7-2013 01:54 AM
nasib baik cepat CSI, kalau tak aku dah suspek norlia ghani dengan ebby yus tadi
Quote mitnick 24-7-2013 04:14 AM
owh, bpk x berkenan rupenye...
Quote peachRose 24-7-2013 04:22 AM
ello apak...
kawin ni tak tgk umo..kalau umo belas2 pun dah menggeletis kulu kilir sama2 baik kawin je drpd duk wat dosa..
Quote RatuDunia94 24-7-2013 04:27 AM
peachRose posted on 24-7-2013 04:22 AM
ello apak...
kawin ni tak tgk umo..kalau umo belas2 pun dah menggeletis kulu kilir sama2 baik kawin ...

huh? mcm x kena je?
Quote kakikuDibibirmu 24-7-2013 04:30 AM
RatuDunia94 posted on 24-7-2013 04:27 AM
huh? mcm x kena je?

sahur lah kak
Quote kakikuDibibirmu 24-7-2013 04:31 AM
ello apak...
kawin ni tgk ugama..kalau umo belas2 pun dah menggeletis kulu kilir sama2 baik kawin je drpd duk wat dosa.. tapi kenalah ugama sama dahulu
Quote rosewhite 24-7-2013 06:01 AM
mungkin bapak dia tak yakin akim akan bimbing stacy.
Quote md_nana 24-7-2013 06:06 AM
rosewhite posted on 24-7-2013 06:01 AM
mungkin bapak dia tak yakin akim akan bimbing stacy.

setuju sgt dgn ko. Bapak akim mybe dah tau akim ni mcm mn orgnye, dan dia tak berapa yakin akim mampu nak bimbing stacy. Lagi2 bl anak dia ngan stacy sama2 dlm dunia hiburan yg katenye penuh onak dan duri.. Hehe
Quote yipun_78 24-7-2013 06:47 AM
nak ke Stacy nak convert ke Islam? keluarga dia sure menentang kan?
Quote kakikuDibibirmu 24-7-2013 06:55 AM
tak payah lah stacy masuk yislam, satgi nak pakai tudung lagi, guane nak berjoget atas pentas rancak-rancak bertudung labuh bagai
Quote espri6006 24-7-2013 07:25 AM
kakikuDibibirmu posted on 24-7-2013 06:55 AM
tak payah lah stacy masuk yislam, satgi nak pakai tudung lagi, guane nak berjoget atas pentas rancak ...

harap maklum...stacy hanya akan merakam lagu2 kerohanian sahaja nnti so no dancing2 on the floor anymore.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.074423 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top