CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tanggung malu di hari persandingan- katering lambat hantar makanan

6-6-2014 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22645| Komen: 190

Description: Mangsa Yang Mahu Dikenali Sebagai Hawa, 22, Tidak Menduga Katering Yang Ditempah Sejak Enam Bulan Lalu Itu Akan Berbuat Demikian Kerana Bayaran Sudah Diselesaikan Disember Lalu.

Hawa menunjukkan laporan polis dan senarai tempahannya kepada katering berkenaan.

KLUANG - Seorang pengantin dari Kampung Kurnia, di sini, terpaksa menanggung malu apabila sajian hidangan untuk majlis perkahwinan didakwa dihantar lewat ketika majlis berlangsung, Sabtu lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hawa, 22, tidak menduga katering yang ditempah sejak enam bulan lalu itu akan berbuat demikian kerana bayaran sudah diselesaikan Disember lalu.

Menurutnya, malah sebelum majlis berlangsung pihaknya sudah menghubungi katering berkenaan untuk mengetahui sama ada persiapan berjalan lancar atau sebaliknya.

“Dua hari sebelum majlis, kami ada telefon, tetapi tidak diangkat kemudian pihak katering datang ke rumah dan maklumkan segalanya berjalan lancar.

“Walaupun, sebelum ini kami sekeluarga ada juga terdengar pihak katering hantar lewat sewaktu majlis berlangsung, tetapi apabila ditanya pihak katering memberi jaminan mereka akan tepati masa.

“Sabtu itu (31 Mei), katering berkenaan mempunyai lebih kurang tiga tempahan majlis perkahwinan di Yong Peng, Segamat dan di tempat kami.

“Entah macam mana pada majlis berlangsung, lori katering hanya tiba pada jam 2.45 di  dewan Felda Ayer Hitam.

“Tetapi sebelum lori sampai ahli keluarga ada pergi ke tempat katering lebih kurang pukul 1 lebih untuk mengambil nasi.

“Jam 2.45 petang lori lauk-pauk baharu sampai. Bayangkan keadaan ketika itu bagaimana hendak bagi makan kepada tetamu yang hadir.

“Kami memang malu disebabkan kelewatan katering berkenaan,” katanya ketika ditemui semalam. Hawa Nazira berkata, ahli-ahli keluarga terpaksa membeli makanan di kedai makan di sekitar Kluang untuk menjamu tetamu yang datang.

Katanya, sementara menunggu makanan katering itu tiba, pihaknya membelanjakan lebih kurang RM2,000 untuk membungkus makanan dari luar semata-mata mengenangkan tetamu yang hadir.

“Pada ketika itu kami tidak tahu ingin berkata apa malah pihak katering yang sampai lambat pun hanya dihantar oleh pekerjanya sahaja bukan bos mereka.

“Kita ada telefon bos mereka, tetapi tidak dijawab dan kami juga ada telefon di pelanggannya yang menempah tempahan yang sama pada hari itu dan mereka pun menerima nasib yang sama. Makanan mereka juga datang lambat dan tidak cukup sepertimana yang ditempah sebelum ini.

“Jika pihak katering memaklumkan mereka akan lambat, kami boleh cari jalan lain bagi menyediakan makanan dan bukannya hanya berdiam diri dan kita pun ternanti-nanti mereka datang. Pada majlis itu kami memang malu sangat dan kami telah mengambil tindakan membuat laporan polis di atas apa yang berlaku.

“Ini adalah salah katering dan pihak kami telah membayar sebanyak RM8,400 kepada katering berkenaan, tetapi apa yang kami dapat makanan yang diberi tidak seperti apa yang kami tempah malah tidak mencukupi,” katanya.

Hawa Nazira berkata, pihaknya cuba menelefon katering berkenaan selepas majlis, namun gagal dihubungi malah pejabatnya di Taman Makmur juga sudah tidak beroperasi.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas katering berkenaan di atas kelewatannya menghantar makanan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 6-6-2014 04:22 PM
ini mesti katering melayu...
Quote syafarah_2k 6-6-2014 04:24 PM
saman...jgn xsaman...
merosakkan majlis org je...

Quote Innrukia 6-6-2014 04:26 PM
selamat pengantin baru
Quote famri7 6-6-2014 04:26 PM
Bisnes dgn mulayu sunni mcm ni la...saman sampai tinggal spender pasar malam..
#teamhawa
#kendurimakannasikosong
Quote kucen_miang 6-6-2014 04:27 PM
ifanonline posted on 6-6-2014 04:22 PM
ini mesti katering melayu...

sah2 la. takkan katering cina sepet pulak. aku agak katering melayu jawa.
Quote rdzaccess 6-6-2014 04:30 PM
katerer tu seperti ingin memeluk gunung tapi tangan tak sampai ...
Quote MissNigga 6-6-2014 04:31 PM
tamak sangat ... kalo tak leh nak fulfil pasai ada bnyk permintaan hari tu .. cakap ler terus terang...
ni suma nak fulfil.. last last majelis orang jadi cacamarba
Quote sueism 6-6-2014 04:32 PM
ifanonline posted on 6-6-2014 04:22 PM
ini mesti katering melayu...

Dah semestinya kena plak dah full payment.
Quote Staratila 6-6-2014 04:33 PM
Laa kesihannya. Majlis bukan boleh di repeat or ditunda pulak tu... saman je catering tu biar dia tahu len kali jgn biz kalau x boleh nak handle
Quote saladin780 6-6-2014 04:34 PM
sykur jelah kak makanan setakat lambat sampai jer..kalu terhidang makanan basi sampai ada yg meninggal lagi haru
Quote ifanonline 6-6-2014 04:35 PM
pernah attend katering yg di buat mamak muslim...sediakan masakan melayu...service cam kedai mamak...pantas dan berkesan...
Quote Artemesiaa 6-6-2014 04:37 PM
Kalau tak berupaya nak sediakan seperti yang tempahan elok tolak je tempahan tu baik2 dari mula.  Ni buat kerja cam ni menyusahkan dan memalukan tuan rumah je.
Quote FanTasyCreaTioN 6-6-2014 04:37 PM
tamak sangat .. semua nak sapu

tapi..

Hawa Nazira berkata, pihaknya cuba menelefon katering berkenaan selepas majlis, namun gagal dihubungi malah pejabatnya di Taman Makmur juga sudah tidak beroperasi.

sengaja ka?

Quote taikor 6-6-2014 04:38 PM
ifanonline posted on 6-6-2014 04:22 PM
ini mesti katering melayu...

Cina pun sama. siap mintak tuan majlis tambah makanan. kena potong lagi sekali walaupun pihak katering yg salah.

mungkin adalah taktik mereka sebab tahu tuan majlis tak nak malu. mesti tambah punya.

benda macam ni, mana2 ada
Quote FanTasyCreaTioN 6-6-2014 04:38 PM
saladin780 posted on 6-6-2014 04:34 PM
sykur jelah kak makanan setakat lambat sampai jer..kalu terhidang makanan basi sampai ada yg meningg ...

ha`ah .. betul gak tu


Quote gede-bab 6-6-2014 04:40 PM
ifanonline posted on 6-6-2014 04:22 PM
ini mesti katering melayu...

kalu ambil katering cina ..tak sapa yang sanggup makan pulak....kecuali ada tanda halal Jakim... boleh caya ke Jakim sekarang ni...?
Quote chickenwing 6-6-2014 04:41 PM
2.45 baru sampai? memang patut kena tembak je katering tu....cari owner dia sampai ke lubang cacing kak....supaya org lain x terkena dengan dia ni.
Quote ifanonline 6-6-2014 04:43 PM
gede-bab posted on 6-6-2014 04:40 PM
kalu ambil katering cina ..tak sapa yang sanggup makan pulak....kecuali ada tanda halal Jakim... ...

chinese muslim ape salahnya? tapi jrg cina muslim buat katering...keluarga ni patut ambik eden ka, d'tandoor ka...baru on time...
Quote cmf_conan 6-6-2014 04:45 PM
bagitau aje nama katering tuh... dah kemaluan begini masih mau sembunyi nama ketering ka??

Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top