Oleh : TS LOO
Di Pulau Pinang, seorang kanak-kanak ketika sedang menunggu ibunya di dalam kereta, secara tidak sengaja tersentuh gear kenderaan mod mengundur, mengakibatkan kenderaan mengundur secara perlahan. Berikutan panik, kanak-kanak terbabit bertindak membuka pintu dan terjun keluar sebelum cedera parah digilis tayar kereta. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 7 malam kelmarin di kawasan letak kereta kediaman mangsa yang bertempat di Balik Pulau, Pualu Pinang. Ketika kejadian, mangsa yang berumur 4 tahun bersama kakaknya yang berusia 6 tahun ditinggalkan dalam kereta ibunya yang enjinnya tidak dimatikan.
Difahamkan kedua adik beradik pada asalnya dibawa keluar oleh ibunya untuk membeli belah, tapi sebelum bertolak, ibunya tiba-tiba masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil barang dan tinggalkan mereka berdua di dalam kereta. Tanpa disangka, dalam beberapa minit sahaja tragedi keluarga yang menyayat hati itu terjadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin mengesahkan kejadian tersebut menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan. Ibu mangsa yang menyedari kejadian membawa mangsa ke Hospital Balik Pulau (HBP) bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius dialami di Unit Kecemasan HBP. Disebabkan terlalu sedih, buat masa ini ibu mangsa tidak dapat menjalani hadir ke balai polis untuk membantu siasatan, tambah Superintenden Lai. Difahamkan ibu bapanya setuju menyumbangkan mata kornea si mangsa kepada sesiapa yang memerlukan kerana percaya mendapat keberkatan Tuhan. - CARI sumber berita : Oriental Daily News
|
23
Bagus |
39
Marah |
19
Terkejut |
35
Sedih |
39
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
talapia replied at 23-6-2016 01:05 PM
peringatan utk diri sendiri jugak... Aku pon slalu gak tinggalkan anak kejap dlm kete dgn running en ...
anakmak replied at 23-6-2016 01:48 PM
Berapa umur anak dek? Berapa org?
ADVERTISEMENT