Oleh : TS LOO
Walaupun dikejutkan dengan kekalahan tipis 1-0 kepada Ireland dalam aksi terakhir Kumpulan E Euro 2016 namun Itali tetap mara ke pusingan kedua kejohanan selepas muncul sebagai juara kumpulan. Itali mencatat dua kemenangan dan seri sekali untuk mengutip enam mata dan skuad kendalian Antonio Conte itu bakal bertemu Sepanyol dalam pusingan kedua. Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah Ireland, Robert Brady ketika permainan berbaki lima minit menuju tamat. Ireland turut mara ke pusingan kedua selepas menduduki tempat ketiga setelah mengutip empat mata. Skuad kendalian Martin O’Neill itu bakal bertemu tuan rumah, Perancis dalam pusingan seterusnya.- CARI
Keputusan terkini: Itali 0 Ireland 1 |
ADVERTISEMENT