CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kaka tampil solo

23-7-2013 03:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5362| Komen: 0

Description: SELEPAS tampil dengan lagu kolaborasi bersama Zizan Razak berjudul Infiniti Cinta dan Bawaku Pergi, penyanyi Kaka memberitahu dia bakal tampil dengan single solo pertamanya berjudul Terpulanglah.


SELEPAS tampil dengan lagu kolaborasi bersama Zizan Razak berjudul Infiniti Cinta dan Bawaku Pergi, penyanyi Kaka memberitahu dia bakal tampil dengan single solo pertamanya berjudul Terpulanglah.

Kaka atau nama penuhnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 24, berkata, single yang bakal keluar itu adalah merupakan lagu pertama yang dibawa secara solo.

"Untuk single baru ini Zizan tidak lagi terlibat seperti lagu-lagu kolaborasi kami sebelum ini. Boleh dikatakan ini adalah single solo pertama saya.

"Lebih kepada rentak Balada dan R&B dan ia bakal menguji vokal saya sepenuhnya. Saya harap dengan kehadiran lagu ini peminat akan lebih tahu saya juga berkemampuan membawa nyanyian solo dan bukannya duet saja," katanya.

Dalam pada itu, Kaka memberitahu single pertamanya yang akan dilancarkan selepas sambutan Aidilfitri itu adalah merupakan ciptaan komposer baru, Q.Z.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.042531 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top