Oleh : TS LOO
Skuad kendalian Roy Hodgson, England menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan kedua selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Slovakia dalam aksi di Stadium Geoffroy-Guichard awal pagi tadi, sekali gus layak ke saingan kalah mati. Dalam pertemuan itu, England menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan barisan pemain prolifik seperti Jamie Vardy, Adam Lallana, Dele Alli dan Wayne Rooney. Meskipun melakukan 22 percubaan namun jentera serangan England dilihat sukar menembusi benteng pertahanan Slovakia yang diketuai pemain Liverpool, Martin Skrtel.
Keputusan itu juga menyaksikan Slovakia berjaya mengumpul empat mata, sudah cukup buat mereka mengisi salah satu slot pasukan terbaik di kedudukan ketiga untuk ke saingan kalah mati. Selepas mengisi kedudukan kedua Kumpulan B, England kini akan berdepan pasukan yang menghuni kedudukan kedua Kumpulan F sama ada Hungary, Iceland atau Portugal. Keputusan terkini: Slovakia 0 England 0 sumber : www.telegraph.co.uk |
ADVERTISEMENT