Oleh : TS LOO
sumber foto: google image Jerman dan Poland berkongsi mata dalam pertemuan Kumpulan C Euro 2016 apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 pagi Jumaat. Skuad bimbingan Joachim Loew tampil dengan kesebelasan utama dengan harapan mengutip tiga mata untuk mengungguli carta kumpulan. Akan tetapi kekentalan barisan pertahanan dan kecekapan penjaga gol Poland, Lucas Fabianski ternyata menghampakan barisan serangan Jerman yang dikemudi oleh Mario Gotze, Mesut Ozil, Thomas Muller dan Julian Draxler.
Ukraine disahkan menjadi pasukan pertama yang tersingkir daripada kejohanan Euro 2016 selepas tewas dua perlawanan kepada Jerman dan Ireland Utara. Jerman masih mengungguli carta kumpulan walaupun berkongsi empat mata dengan Poland dan hanya dipisahkan perbezaan jaringan manakala Ireland Utara masih di tangga ketiga dengan tiga mata.- CARI Keputusan terkini: Jerman 0 Poland 0 Ukraine 0 Ireland Utara 0 |
8
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT