Oleh : Dean BZ
Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar berlangsung, Polis menerima 20 laporan berkaitan kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya sehingga jam 12 tengah hari ini. Pegawai Perhubungan Media PRK Sungai Besar, Asisten Komisioner Khalil Arifin, berkata daripada jumlah itu, 10 kertas siasatan sudah dibuka dan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat, sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Bagaimanapun, katanya, sepanjang 14 hari tempoh berkempen, keadaan boleh dikatakan terkawal dan tiada perkara tidak diingini berlaku. "Kalau ada pun cuma kes kecil yang tidak menjejaskan ketenteraman awam. Malah, sehingga kini keadaan di semua pusat mengundi adalah terkawal dan tiada laporan penyokong bergaduh atau berbalas kata kesat," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Khalil berkata lebih 2,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di 28 pusat pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang hari pengundian. Pilihan Raya (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar berlangsung pada hari yang sama iaitu hari ini. Setakat ini proses pengundian di PRK Kuala Kangsar berlangsung dengan aman dan tiada sebarang kekacauan dilaporkan. - CARI Infonet. |
30
Bagus |
13
Marah |
16
Terkejut |
23
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT