CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1337|Reply: 1

PRK : Polis Terima 20 Laporan Di Sungai Besar

[Copy link]
Post time 18-6-2016 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar berlangsung, Polis menerima 20 laporan berkaitan kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya sehingga jam 12 tengah hari ini.

Pegawai Perhubungan Media PRK Sungai Besar, Asisten Komisioner Khalil Arifin, berkata daripada jumlah itu, 10 kertas siasatan sudah dibuka dan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat, sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.


Bagaimanapun, katanya, sepanjang 14 hari tempoh berkempen, keadaan boleh dikatakan terkawal dan tiada perkara tidak diingini berlaku.


"Kalau ada pun cuma kes kecil yang tidak menjejaskan ketenteraman awam. Malah, sehingga kini keadaan di semua pusat mengundi adalah terkawal dan tiada laporan penyokong bergaduh atau berbalas kata kesat," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini, sebentar tadi.


Mengulas lanjut, Khalil berkata lebih 2,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di 28 pusat pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang hari pengundian.


Pilihan Raya (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar berlangsung pada hari yang sama iaitu hari ini. Setakat ini proses pengundian di PRK Kuala Kangsar berlangsung dengan aman dan tiada sebarang kekacauan dilaporkan. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2016 05:12 PM | Show all posts
Biasa lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057681 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list