CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pinggiran Syurga, Wan Imar Dedikasi Buat Arwah Bapa

17-6-2016 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19874| Komen: 147

oleh Adib Za

Mungkin anda pernah melihat wajah penyanyi baru ini, di dada akhbar dan kaca tv sejak kebelakangan ini. 

Wan Imar, pendatang baru dalam dunia nyanyian merupakan anak kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, mangsa nahas helipkopter di Sarawak pada Mei lalu. 

Dia yang merupakan artis terbaharu di bawah KRU Music, baru sahaja menghasilkan single bertajuk Pinggiran Syurga, sebuah lagu balada yang didedikasikan buat arwah bapanya yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar. 

Melalui temubual bersama Utusan Malaysia, jejaka berusia 25 tahun meluahkan rasa terkilan kerana perjalanan seninya tidak dapat disaksikan oleh bapa. 



Sumber foto: IG Wan Imar


Sumber foto: FMT



“Dua bulan sebelum kejadian, ayah sendiri pernah menghubungi Datuk Norman Abdul Halim bertanyakan tentang cara untuk saya menghadiri sesi uji bakat menjadi penyanyi di bawah KRU Music. 

“Selepas berjaya dengan uji bakat tersebut dan dalam proses mencari bahan bagi menghasilkan single pertama, tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita sedih itu. Sebab itulah saya rasa terkilan sangat kerana ayah tiada di sisi untuk menyaksikan sendiri anaknya ini memulakan karier sebagai penyanyi profesional,” ujarnya. 

Katanya lagi single itu akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun ini sempena sambutan Hari Bapa. - CARI Infonet





Sumber: Utusan Malaysia
18

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Star_el 17-6-2016 11:51 AM
Hrmmm....
Sesungguhnya aku berpuasa
Quote jasmeen 17-6-2016 11:55 AM
Entah..kalau ibumu menang biar pasal dia layak dan berkaliber dan bukan sekadar simpati masyarakat semata2...anyway suaranya so so je
Quote lazim 17-6-2016 11:59 AM
entah la aku mcm xleh fikir, suami bru meninggal blh plk si isteri ada selera nk bertanding.. lagu ni plk mcm xkena masa klr.
Quote JENABREJAM89 17-6-2016 12:06 PM
ayah sendiri pernah menghubungi Datuk Norman Abdul Halim bertanyakan tentang cara untuk saya menghadiri sesi uji bakat menjadi penyanyi di bawah KRU Music.



pakai orang besar aka bapak sendiri nak masuk bawah KRU ???? senyum sinis jelaa
Quote zila_hakimie 17-6-2016 12:09 PM
sedap je lagu ni..
Quote kakasotong 17-6-2016 01:10 PM
Dlm ramai2 anak arwah dato khair-il, heols paling hensem tasty skali

Untung shalma aina dpt bakal suami ensem
Quote kakasotong 17-6-2016 01:15 PM
lazim replied at 17-6-2016 11:59 AM
entah la aku mcm xleh fikir, suami bru meninggal blh plk si isteri ada selera nk bertanding.. lagu n ...

Ameno pandai main taktik uols, skrg kedudukan xberapa kukuh sbb byk skandal politik terbongkar, harus nak menangkan parti thru undi simpati undi kesian pakai plak calon balu arwah. Konpem la menang punya. Ummah meleis mudah jatuh kesian kekdahnya  

Esok2 ameno menang tgk la ayat dia yg akan kluar; alhamdulilah beeeeeand menang besar di kuale. Tanda rakyat masih menerima kepimpinan jibby n rakyat menerima gst
Quote kakasotong 17-6-2016 01:19 PM
jasmeen replied at 17-6-2016 11:55 AM
Entah..kalau ibumu menang biar pasal dia layak dan berkaliber dan bukan sekadar simpati masyarakat s ...

Ade ahli MT ameno xsuka kn datin mastura ni jd calon bn kat kuala kangsar. Sbb katanya datin ni bukan org tempatan plus ade calon yg lg layak lg utk ganti tempat dato tu.

Datin ni katanya rafizi calon pilihan bikmama sbb theyols satu kg ke satu daerah cm tu la.
Quote alesandra 17-6-2016 01:20 PM
melihatkan situasi politik skrg...takde sekelumit simpati pun bila aku tgk video tu.
Quote cmf_premierleag 17-6-2016 01:26 PM
alesandra replied at 17-6-2016 01:20 PM
melihatkan situasi politik skrg...takde sekelumit simpati pun bila aku tgk video tu.

Same with me
Takde rs simpati lgsg...rs menyampah lagi ada le
X abih2 pakai taktik simpati bagai....and perlu ke suruh bapak ko call norman utk realisasikan impian ko nk jd penyanyi?
Kejisss
Caliph buskers yg oku tu lagi bermaruah dr dia ni


Quote MH3703 17-6-2016 02:17 PM
berok mak yeh mana pulak ni...haram tak kenal
Quote sukacactus 17-6-2016 03:33 PM
Kalau arwah bapaknya x terlibat nahas helikopter tu, xde sapa pun kenal dia
Plg kurang2 org tau as bakal suami shalma aina je...tu pun kalau org kenal shama aina la
Quote alesandra 17-6-2016 03:52 PM
cmf_premierleag replied at 17-6-2016 01:26 PM
Same with me
Takde rs simpati lgsg...rs menyampah lagi ada le
X abih2 pakai taktik simpati bagai ...

tapikan norman pun kejisss .dia pun org kuat umngok jugak kan?..alangkah dafi nyanyi yg ntah hapa2 tu menyanggup je dia amik buat lagu.ini better sikit telinga tu dengar tapi tetap merasa sendu
Quote alesandra 17-6-2016 03:54 PM
sukacactus replied at 17-6-2016 03:33 PM
Kalau arwah bapaknya x terlibat nahas helikopter tu, xde sapa pun kenal dia
Plg kurang2 org tau as  ...

shalma aina who
Quote sukacactus 17-6-2016 04:16 PM
alesandra replied at 17-6-2016 03:54 PM
shalma aina who

Host hlive astro
Quote enginelady 17-6-2016 04:24 PM
sukacactus replied at 17-6-2016 03:33 PM
Kalau arwah bapaknya x terlibat nahas helikopter tu, xde sapa pun kenal dia
Plg kurang2 org tau as  ...

ok sapa shalma aina ni? aku penah stalk ig dia masa kecoh pasal heli terhempas hari tu tp xtau pulak shalma ni femes
Quote enginelady 17-6-2016 04:25 PM

eh sory. br perasan dah ada jawapan
Quote prizadane 17-6-2016 04:28 PM
Shalma aina? Tak kenal pun...btw, dia ni sebijik muka mak dia
Quote lotionmilo 17-6-2016 04:34 PM
Adieb ahmad tu sapa pulak ?
I tengok ig shalma aina. Adieb ni pon meninggal.

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.234109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top