Oleh : Dean BZ Setiap kali bulan Ramadhan tiba apakah yang anda fikirkan? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga atau adakah di bulan Ramadhan sahaja anda menjaga hawa nafsu dan memperbanyakkan ibadah?
Lagu yang di dendangkan oleh Raihan dan Man Bai yang berjudul "Harapan Ramadhan" sangat mendalam maksudnya. Kita mungkin menjalankan ibadah puasa setiap tahun namun adakah puasa kita sudah sempurna. Maksud sempurna itu luas contohnya kita berpuasa tetapi tidak cukup solat 5 waktu, kita berpuasa tetapi mengumpat, kita berpuasa tetapi tidak berusaha memperbaiki pelbagai kesilapan yang diakukan sebelumnya. Jadi, semoga Ramadhan kali ini benar-benar bermakna buat kita untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah perkara yang lebih baik dari sebelumnya. - CARI Infonet.
Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahnya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatmu oh Tuhanku... Ku tempuh jua |
ADVERTISEMENT