Setiap kali bulan Ramadhan tiba apakah yang anda fikirkan? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga atau adakah di bulan Ramadhan sahaja anda menjaga hawa nafsu dan memperbanyakkan ibadah?
Lagu yang di dendangkan oleh Raihan dan Man Bai yang berjudul "Harapan Ramadhan" sangat mendalam maksudnya. Kita mungkin menjalankan ibadah puasa setiap tahun namun adakah puasa kita sudah sempurna.
Maksud sempurna itu luas contohnya kita berpuasa tetapi tidak cukup solat 5 waktu, kita berpuasa tetapi mengumpat, kita berpuasa tetapi tidak berusaha memperbaiki pelbagai kesilapan yang diakukan sebelumnya. Jadi, semoga Ramadhan kali ini benar-benar bermakna buat kita untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah perkara yang lebih baik dari sebelumnya. - CARI Infonet.
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahnya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatmu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua