Oleh Izzah Abbasy
Pasti pernah dengar niat puasa boleh diniatkan sebulan dan juga setiap hari. Tapi, mana satu yang lebih afdal? Jom, kita sama-sama fahami petikan di bawah ini. Rasulullah bersabda: "Siapa yang tidak berniat (puasa) pada malam hari maka tidak ada puasa baginya." Ulama berbeza pendapat tentang apa yang dimaksud dalam hadis ini; tidak sah atau tidak sempurna. Imam Syafi’i berpendapat bahwa niat merupakan syarat sah untuk berpuasa. Sementara Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa niat adalah syarat untuk kesempurnaan ibadah puasa. Jadi diperbolehkan, menurut mazhab Hanafi, untuk berniat satu kali untuk puasa satu bulan penuh. Untuk keluar daripada perbezaan pendapat ini, guru-guru kita mengajarkan untuk meniatkan puasa hari selanjutnya setelah berbuka. Apabila kita membiasakan hal ini, maka kita telah berada pada titik selamat dariapda perbezaan pendapat para ulama. Pada hakikatnya, suasana yang ada pada bulan Ramadan itu sendiri sebenarnya sudah dianggap sebagai niat untuk berpuasa, bahkan menurut mazhab Syafi’i sekalipun, misalkan seseorang menyatakan, “Esok kita bertemu setelah berbuka puasa ya!”. Ertinya dialog tersebut telah meniatkan dia untuk berpuasa. Boleh dikatakan seperti itu sebab tidak ada keharusan untuk melafazkan niat termasuk niat untuk berpuasa. Oleh sebab itu, kita jangan sampai masuk ke dalam keadaan was-was atau keraguan kerana sebenarnya kita berada dalam keadaan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Namun, apabila seseorang berniat untuk tidak berpuasa pada esok hari kerana sakit atau musafir, dan telah mengubah fikirannya, maka dia harus kembali mengulangi niatnya untuk berpuasa. - CARI Infonet Kredit : Fitrah Islam Wordpress
|
5
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
2
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spankee_fili replied at 10-6-2016 09:48 PM
meols pun niat pose tiap hari..
lepas bukak pose terus lafaz niat..
tapi kalau terlupa nak lafaz n ...
spankee_fili replied at 10-6-2016 09:48 PM
meols pun niat pose tiap hari..
lepas bukak pose terus lafaz niat..
tapi kalau terlupa nak lafaz n ...
Star_el replied at 13-6-2016 09:38 AM
Bwahaha kalo dah mmg taknak puasa tu, macam2 alasan dibaginya!
Star_el replied at 13-6-2016 09:38 AM
Bwahaha kalo dah mmg taknak puasa tu, macam2 alasan dibaginya!
ADVERTISEMENT