CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2954|Reply: 9

Niat Puasa Ramadan Perlu Ulang Setiap Hari?

[Copy link]
Post time 10-6-2016 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Pasti pernah dengar niat puasa boleh diniatkan sebulan dan juga setiap hari. Tapi, mana satu yang lebih afdal?

Jom, kita sama-sama fahami petikan di bawah ini.

Rasulullah bersabda: "Siapa yang tidak berniat (puasa) pada malam hari maka tidak ada puasa baginya."


Ulama berbeza pendapat tentang apa yang dimaksud dalam hadis ini; tidak sah atau tidak sempurna. Imam Syafi’i berpendapat bahwa niat merupakan syarat sah untuk berpuasa. Sementara Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa niat adalah syarat untuk kesempurnaan ibadah puasa. Jadi diperbolehkan, menurut mazhab Hanafi, untuk berniat satu kali untuk puasa satu bulan penuh.

Untuk keluar daripada perbezaan pendapat ini, guru-guru kita mengajarkan untuk meniatkan puasa hari selanjutnya setelah berbuka. Apabila kita membiasakan hal ini, maka kita telah berada pada titik selamat dariapda perbezaan pendapat para ulama.

Pada hakikatnya, suasana yang ada pada bulan Ramadan itu sendiri sebenarnya sudah dianggap sebagai niat untuk berpuasa, bahkan menurut mazhab Syafi’i sekalipun, misalkan seseorang menyatakan, “Esok kita bertemu setelah berbuka puasa ya!”. Ertinya dialog tersebut telah meniatkan dia untuk berpuasa. Boleh dikatakan seperti itu sebab tidak ada keharusan untuk melafazkan niat termasuk niat untuk berpuasa.

Oleh sebab itu, kita jangan sampai masuk ke dalam keadaan was-was atau keraguan kerana sebenarnya kita berada dalam keadaan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Namun, apabila seseorang berniat untuk tidak berpuasa pada esok hari kerana sakit atau musafir, dan telah mengubah fikirannya, maka dia harus kembali mengulangi niatnya untuk berpuasa. - CARI Infonet

Kredit : Fitrah Islam Wordpress
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2016 03:10 PM | Show all posts
Bangun sahur untuk berposa tu pun dah kira niat nak berposa le tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 04:30 PM | Show all posts
aku mmg niat berpuasa setiap hari...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
meols pun niat pose tiap hari..
lepas bukak pose terus lafaz niat..
tapi kalau terlupa nak lafaz niat tu pose jela sebab memang kita niat nak posa pun ..
takkan tak posa sebab alasan lupa nak niat pulak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2016 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa baca niat posa sebelum nak masuk tido..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2016 10:12 AM | Show all posts
setiap hari baca niat puasa sebelum tidur dalam bulan ramadhan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2016 09:30 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 10-6-2016 09:48 PM
meols pun niat pose tiap hari..
lepas bukak pose terus lafaz niat..
tapi kalau terlupa nak lafaz n ...

sama.. means masa berbuka tu. baca doa bukak puasa, doa makan & niat puasa
kadang tu terlupa, baca masa sahur..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 09:38 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 10-6-2016 09:48 PM
meols pun niat pose tiap hari..
lepas bukak pose terus lafaz niat..
tapi kalau terlupa nak lafaz n ...

Bwahaha kalo dah mmg taknak puasa tu, macam2 alasan dibaginya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2016 12:46 PM | Show all posts
Star_el replied at 13-6-2016 09:38 AM
Bwahaha kalo dah mmg taknak puasa tu, macam2 alasan dibaginya!

kannn? terkorek hidung pun nak batal posa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 12:46 PM | Show all posts
Star_el replied at 13-6-2016 09:38 AM
Bwahaha kalo dah mmg taknak puasa tu, macam2 alasan dibaginya!

kannn? terkorek hidung pun nak batal posa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.057840 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list