CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pakej Melancong Sambil Makan Durian Yang Kenakan Denda Sekiranya Muntah?

8-6-2016 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6315| Komen: 7

Oleh : TS LOO


Setiap kali musim durian, pastinya ramai pelancong dari Singapura dan negara lain datang ke Pulau Pinang untuk menikmati keenakan dan keseronokan Raja Buah-buahan. 



Justeru itu, terdapat kebanyakan hotel ternama di Pulau Pinang mengambil kesempatan memperkenalkan pakej melancong sambil makan durian untuk dua orang sepanjang bulan Jun dan Julai ini.


Pakej pelancongan tersebut bernilai RM550, bermakna seorang hanya perlu bayar RM275 sahaja, sudah boleh memperolehi penginapan satu malam, kunjungan ke kebun durian, menikmati jamuan bufet makan durian dan jamuan bufet untuk sarapan. 


sumber foto: Laman web G Hotel


Bagi penggemar durian, ini adalah satu berita yang baik! Namun ianya disertakan dengan satu syarat iaitu pelancong terbabit mesti menginap di hotel yang berkenaan sekurang-kurangnya 2 malam, barulah boleh membuat tempahan untuk pakej durian tersebut.


Berikutan merupakan jamuan bufet makan durian, makna pelancong sudah semestinya dibenarkan makan sampai puas hati dan menikmati keenakan jenis durian yang berlainan seperti musang king, udang merah, D24 dan sebagainya, makan sehingga kenyang baru boleh beredar dari tempat itu.


sumber foto: Laman web G Hotel



Namun demikian, ada pesanan buat semua penggemar durian, jangan makan sampai muntah, ini kerana sekiranya anda terlebih makan dan muntah di dalam kereta, pihak hotel akan mengenakan hukuman denda bernilai RM150 sebagai bayaran tambahan daripada individu berkenaan yang muntah.


Kenapa pula dikenakan denda sekiranya muntah? Apa sudah terjadi? Jurucakap Hotel G yang mengadakan pakej pelancongan tersebut menjelaskan, ini kerana kenderaan yang bertanggungjawab membawa pelancong itu bukan dimiliki oleh hotel. 


Sekiranya berlaku situasi di mana pelancong muntah di dalam kenderaan berkenaan, syarikat pemilik van pelancongan akan meminta kos bayaran untuk pembersihan, perkara ini meyebabkan pihak pengurusan tidak dapat nak buat apa-apa dan terpaksa mengenakan bayaran sebagai kos muntah. 


Tetapi, menurut jurucakap tersebut, sejak tahun lalu pakej melancong seperti ini diperkenalkan sehinggalah sekarang, mujurnya tidak pernah berlaku insiden terdapat pelancong yang makan sampai muntah.


sumber foto: Asia One



Setelah pakej melancong sambil makan durian diperkenalkan, sambutannya sangat menggalakkan, tempahan kebanyakan dibuat oleh pelancong dari Singapura dan Indonesia. 


"Ketika musim durian, ramai pelancong mengunjung ke Pulau Pinang khususnya untuk menjamu selera durian yang segar dan berkualiti."


sumber foto: Asia One



Biarpun pihak hotel ada pesan kepada pelancong yang tidak biasa makan durian agar makan dengan kadar yang sederhana, elak makan secara berlebihan yang mungkin akan menyebabkan badan rasa tidak selesa dan muntah.


Bagaimana pun,  lazimnya pelancong akan mengendah pesanan tersebut apabila berdepan durian, ini jelas membuktikan daya tarikan durian yang sememangnya luar biasa.


sumber foto: Asia One


Bagi penggemar Raja Buah-buahan yang dah mula teringin makan, boleh lah membuat tempahan secara atas talian. Pesanan mesra buat semua agar jangan terlebih makan pula sampai termuntah.- CARI Infonet
21

Bagus
19

Marah
33

Terkejut
30

Sedih
26

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (153 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-6-2016 05:08 PM
Kalau dah kumpulan sasarnya pelancong dari Singapura tentunya masih murah buat mereka
Quote Mary_jane 8-6-2016 08:22 PM
Sedapnya.
Quote mizsrose 9-6-2016 10:49 AM
gemor benor derian nih!! tapi mahai la pulak harga yea sampai kene menginap... beli kilo je laa boleh makan anak beranak..
Quote pearl.silver 10-6-2016 06:03 AM
Mkn lah dgn berpada2...org sakit jantung,darah tinggi,diabetes,buah pinggang jgn laa dok mentekedaroh mcm org sihat..
Quote yayah8989 26-6-2016 03:28 PM
kucing tidur
Quote brown_pupil 27-6-2016 11:52 AM
kalau dah kebun durian tu kat balik pulau, yang jalan berpusing2 tu.. mau x muntah org yg baru pas makan durian..
Quote CrowneGlory 27-6-2016 12:24 PM
mmg sedap tp takat byk mana je la boleh makan...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041162 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top