Oleh : TS LOO Tidak dinafikan, untuk menghasilkan kesan mekap yang betul-betul nampak 'hidup' memerlukan kepakaran dan daya kreativiti dalam seni mekap.
Biarpun bahan mekap yang digunakan juga memainkan peranan yang penting, namun ianya tidak semestinya perlu menggunakan bahan seni mekap yang mahal barulah dapat menghasilkan mekap kesan khas yang hebat. Percaya tak dengan hanya menggunakan bahan-bahan keperluan di dapur yang murah dan mudah diperolehi seperti tepung, tisu dan kerajang timah dapat menghasilkan mekap kesan khas yang menakutkan? Hasil seni mekap yang mencabar itu berjaya dilakukan oleh Ellinor Rosander, seorang wanita berumur 21 tahun yang berasal dari Stockholm. Difahamkan rakaman mekap yang menakutkan itu setelah dimuat naik ke You Tube telah ditonton lebih 500,000 orang setakat ini.
Bagi mencipta wajah mengerikan seperti karakter Voldemort dalam filem Harry Potter atau Freddy Krueger dalam filem Nightmare on Elm Street, banyak lateks dan tepung selain campuran bahan pewarna makanan digunakan. Menurut Rosander, jumlah tontonan yang tinggi itu memberi kepuasan buat dirinya, walaupun setiap satu proses kesan khas juga mengambil masa yang lama iaitu lima jam untuk membuat mekap, manakala 20 jam lagi untuk suntingan dan pasca produksi. Tegas Rosander, mekap watak-watak filem lain yang lebih mencabar akan cuba dihasilkan bagi meningkatkan lagi kemahiran seni mekap dirinya dari masa ke semasa.- CARI Infonet sumber : www.kosmo.com.my
|
30
Bagus |
29
Marah |
16
Terkejut |
20
Sedih |
27
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT