Oleh : TS LOO
Sepanjang bulan Ramadan, waktu rehat penjawat awam akan dikurangkan selama setengah jam bagi memudahkan mereka menjalani tanggungjawab ibadah sekaligus memanfaatkan bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. Justeru itu, tambahan Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat sedia ada di semua agensi kerajaan persekutuan perlu diadakan bagi tujuan pelaksanaan perkara tersebut di atas.
Sehubungan itu, panduan berhubung pelaksanaan WBB pada bulan Ramadan di negeri-negeri seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang yang Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat mingguan telah disertakan dalam kenyataan tersebut. Waktu pejabat bagi negeri-negeri tersebut adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang manakala waktu rehat dari pukul 1.00 hingga 1.30 tengah hari (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat). Bagi negeri-negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak, Ali berkata WBB pada bulan Ramadan boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016. Surat pekeliling itu akan dimuat naik ke Portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) http://www.jpa.gov.my oleh JPA.- CARI Infonet sumber : http://www.bernama.com/
|
9
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
16
Sedih |
18
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
uori replied at 3-6-2016 09:59 AM
nak balik awal punya pasai,
aku rela ja rehat kami ditiadakan
lurve82 replied at 3-6-2016 09:55 AM
yeay blik 4.30...
nuralisa replied at 3-6-2016 11:43 AM
elokla semua balik 4 - 4.30 ... harap2 yg balik kul 5 ni kuranglah sikit jemnya...
ADVERTISEMENT