Oleh : TS LOO Bagi memudahkan majikan dan mengurangkan tekanan majikan mencari pekerja asing, sebanyak 17 subsekor dalam bidang perkhidmatan diberi kelonggaran untuk mengambil pekerja asing tanpa izin (PATI).
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed setelah mengadakan pertemuan dengan 22 wakil industri dan persatuan berkaitan pengurusan pekerja asing di Kementerian Dalam Negeri. Antara subsektor yang kini diberi kelonggaran adalah termasuk kedai, taman tema, dobi, tukang gunting rambut, perniagaan borong dan runcit, perniagaan tekstil, tukang emas, rumah kebajikan, pekerja am di bengkel, tempat cuci kereta, pasar, kedai serbaneka, stesen minyak, pasar raya besar, perlombongan, hutan kayu bakau atau kayu balak, gudang serta kargo di pelabuhan. Menurut Datuk Nur Jazlan, sebelum ini hanya lima subsektor perkhidmatan dibenarkan berbuat demikian iaitu tukang masak, pembersihan dan pencucian, pulau peranginan, spa dan refleksologi serta hotel.
Bagaimanapun, tambah beliau, atas faktor keselamatan, pihak kerajaan masih tidak dapat memberi kelonggaran kepada 2 subsektor perkhidmatan iaitu barang lusuh dan pengendalian kargo di lapangan terbang. Dalam pada itu, PATI yang tampil kepada pihak berkuasa negara ini untuk mendapatkan pengampunan akan hanya dikenakan kompaun RM300 berserta pas istimewa RM100 bagi membolehkan mereka kembali ke negara asal tanpa dikenakan pendakwaan.- CARI Infonet sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/
|
14
Bagus |
15
Marah |
22
Terkejut |
18
Sedih |
11
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 1-6-2016 12:22 PM
bukannya dia izinkan bawa masuk pendatang asing kan?
tapi dia izinkan amik pati sedia ada dalam mal ...
Star_el replied at 1-6-2016 12:28 PM
Sebenarnya warga asing boleh ke kerja kat kedai makan cam starbucks, jco etc?
Diorang pun akan kena ...
ALDRIN replied at 1-6-2016 01:44 PM
cuba korang jenjalan area kotaraya, jalan silang, skrg nih...Sumpahh...dah x serupa Kt Msia. Cuma kl ...
Star_el replied at 1-6-2016 03:07 PM
ni kalo @AbukRokok jadi PM mau diletopkannya tmpt ni
ADVERTISEMENT