Oleh : TS LOO
Sebagai selebriti di dunia hiburan pastinya tidak dapat dielakkan pelbagai gosip yang kebiasaannya melibatkan hal=hal peribadi. Kebanyakan gosip yang dilemparkan adalah berkaitan percintaan, tapi bagi pengacara Awal Ashaari pula didakwa mempergunakan anaknya Lara Alana yang berusia dua tahun untuk meraih keuntungan dengan menjadikannya model duta produk. Berkenaan dakwaan tersebut, selain kesal dan menganggap istilah yang digunakan agak kasar, Awal Ashaari menjelaskan dia dan isterinya Scha Al-Yahya akan menapis setiap tawaran diberikan melainkan ia bersesuaian dengan umur anaknya itu. "Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Awal berkata, kesemua bayaran yang diterima disimpan dalam akaun Lara untuk kegunaan kanak-kanak itu pada masa hadapan. Bagaimanapun, dalam masa dua tahun lagi dia mahu anaknya itu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain apabila Lara memulakan pra-persekolahan. - CARI Infonet sumber berita : mstar
|
26
Bagus |
19
Marah |
25
Terkejut |
21
Sedih |
33
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT