Oleh : TS LOO
"Apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah." Demikian penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno berhubung isu rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu. Datuk Seri Najib mengakui terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN, bagaimanapun mereka telah diberitahu tujuan sebenarnya pembentangan itu. Jelas beliau lagi, rang undang-undang ahli persendirian tersebut hanya merupakan apa yang di katakan sebagai 'enhanced punishment', peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu.
Tegas Datuk Seri Najib, rang undang-undang itu cuma melibatkan Mahkamah Syariah dan hanya orang Islam serta tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Sebelum ini, perkara tersebut telah mendorong tindak balas segera daripada pelbagai parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, yang membidas langkah yang diambil oleh Presiden PAS.- CARI Infonet sumber : mstar
|
20
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT