Oleh : Dean BZ
Masih ingatkah lagi pelakon Wan Nor Azlin yang terkenal dalam Telemovie Air Mata Ibu (2012) dan drama-drama era 90-an? Walaupun dilihat "tenggelam timbul" tetapi dia masih aktif dalam beberapa drama dan projek lakonan termasuk di pentas teater. Kini, dia bakal membintangi sebuah teater muzikal, Setiap Derita Pasti Tiba Bahagia yang akan dipentaskan di Auditorium Taman Budaya di Jalan Tun H S Lee, di sini, selama tiga malam mulai hari ini. "Kisahnya adalah mengenai Maya yang didera bapanya sejak kecil. Selepas berkahwin, Maya seboleh-bolehnya tidak mahu apa yang dilalui dulu terjadi pada anaknya. "Maya juga aktif membantu anak yang didera dan terbiar," kata Wan Nor Azlin yang melakonkan watak Maya.
Semenjak suaminya, Allahyarham Mohd Yazli Yaacob meninggal dunia tiga tahun lalu, Wan Nor Azlin tetap cekal menyara 3 anaknya iaitu Danial Luqman, 16, Danny Iskandar, 15 dan Dania Camelia, 12. Katanya lagi, dia telah meninggalkan dunia lakonan selama 10 tahun iaitu pada tahun 1999 kerana berkahwin. "Sekarang, saya perlu kerja keras kerana sudah berstatus ibu tunggal," katanya. Orang ramai yang berminat menonton teater Setiap Derita Pasti Tiba Bahagia, boleh menghubungi Mawar di talian 011-23406073. Tiket dijual pada harga RM30 dan RM50. Walaupun Wan Nor Azlin sebelum ini pernah mencetuskan pelbagai kontroversi, namun usaha gigih untuk menyara tiga anaknya harus diberi pujian dan sokongan. Semoga ibu-ibu tunggal diluar sana turut cekal menghadapi hidup. - CARI Infonet. Sumber - bharian.com.my
|
14
Bagus |
21
Marah |
16
Terkejut |
20
Sedih |
18
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Minami2013 replied at 27-5-2016 11:44 AM
Moga dipermudahkan urusan...
Anyway, hasben die meninggal sbb ape ye?
harisbee replied at 27-5-2016 11:52 AM
jantung sis...
sukacactus replied at 27-5-2016 02:39 PM
Ank yg 2nd sebijik arwah bapaknya
Sorry, tp aku terpikir camna nnt kalau ank2 dia terdiscover pasal ...
Jerambut replied at 27-5-2016 08:02 PM
Tak yah pikir.. macam komen komen sebelum engkau.
Ingatkan flow komen cantik dah. Kagum la jugak ...
ADVERTISEMENT