CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Beto Pernah Jadi Driver..!

19-7-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19155| Komen: 98

Sebelum Berlakon, Beto Kusyairy Pernah Jadi Drebar Erma Fatima  



KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2013: Jika sebelum ini Beto Kusyairy,33 atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan bin Osman pernah mendedahkan cerita bahawa dia pernah menjadi maskot untuk rancangan kanak-kanak ALONG yang memerlukannya menyarungkan sut panas berupa seekor kucing sebelum dia aktif berlakon, rupa-rupanya dia juga pernah menjadi pemandu atau drebar kepada seorang pengarah terkenal, Erma Fatima.

        "Dulu ketika belajar Diploma Perhotelan di UiTM Shah Alam, saya sering menggunakan masa cuti saya bekerja untuk mencari wang saku. Antara pekerjaan yang sering saya lakukan adalah bekerja bersama produksi filem.
        "Ada sekali penggambaran itu saya telah ditugaskan menjadi pemandu untuk Erma Fatima datang dan pulang dari lokasi. Sebagai seorang yang pemalu, sudah tentunya perkara yang sukar bagi saya adalah berhadapan dengan kamera.
        "Tetapi yang anehnya saya menyukai dunia lakonan. Kerana pada saya setiap watak yang diberikan memberi saya peluang menyelami setiap karektor itu. Dengan serta-merta perasaan malu itu hilang begitu sahaja.
        "Sedikit demi sedikit peluang yang diberikan pengarah dan penerbit filem tempatan membawa nama saya ketahap sekarang,"ujarnya ketika ditemui sewaktu penggambaran filem CEO sekitar Damansara Heights, Jumaat lalu.
        Bermula dengan filem Syaitan, KAMI The Movie, Chow Kit, Jiwa Taiko hingga Istanbul Aku Datang yang benar-benar menguji kebolehannya itu sehinggalah ke drama sepertui Geng Surau, lakonannya terus diingati dan kini dalam diam Beto memasang angan-angan untuk duduk dikerusi pengarah pada satu hari nanti.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyicha 19-7-2013 04:03 PM
suka tgk dia berlakon.. very talented..
Quote af_1993 19-7-2013 04:05 PM
la...dia ni ka maskot along..fav cartoon aku time kecik2
Quote bungaros 19-7-2013 04:07 PM
my favourite
Quote peachRose 19-7-2013 04:12 PM
dia ni tak ensem tp ada sesuatu yg buat org tgk dia jadi tertarik...
suka tgk dia dlm Cita dan Cinta berlakon sama Izzue Islam..
Quote shysari 19-7-2013 04:13 PM
Suka tengok dia berlakon walaupun mcm kurang xpose dia ni.. Yg penting lakonan best berkesan.
Quote peachRose 19-7-2013 04:15 PM
af_1993 posted on 19-7-2013 04:05 PM
la...dia ni ka maskot along..fav cartoon aku time kecik2

siap ada thread ko pasal maskot Along ni...
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=693055


Quote myakayina 19-7-2013 04:39 PM
aku tertengok Istanbul Aku Datang pun dek beto ni..bukan sbb nak tngok LS ..
Quote tora216 19-7-2013 04:52 PM
Aku suke tgok die ni b'lakon..b'jiwa la watak2 yg die bawak..xde le kayu kayan kn..
Quote MissDoraisamy 19-7-2013 04:58 PM
Die pebret aku
Quote mitnick 19-7-2013 05:19 PM
dialaa alonggg.. a.l.o.n.g along!!!!
xpelah mula dr bwh hatta drebar skalipon... asal xcpt lupa diri...
Quote sriwanis 19-7-2013 05:27 PM
Lebiu beto
Quote tasha86 19-7-2013 05:27 PM
antara pelakon lelaki yg berbakat yg tak bersandarkan rupa yg hensem + jambu saja...
Quote Leonarzi 19-7-2013 05:36 PM
Dia ni tak ensem...
Quote joyah_jinki 19-7-2013 05:37 PM
aku suke betol kat dia ni. dlm reramai pelakon yg hado kat mesia ni,dia ni lah aku rasa antara yg talented. belakon tak kongkang. gosip pon kurang(ke takde lgsung eh)..
mmg selalu polow citer dia. kashaf imani,uri, and baru2 kat tb3,arman.

*sedap nama betol dia*
Quote Leonarzi 19-7-2013 05:38 PM
Istanbul aku dtg tu filem bodo dan gedik....
Quote Emrymama 19-7-2013 06:50 PM
ak suka dia ni berlakon....
Quote pakwetizzaqyah 19-7-2013 07:12 PM
ziana zeng plak pernah kerje kat kilang papang
Quote alya1 19-7-2013 07:21 PM
love beto......apa  watak menjadikkk....
Quote noraidil_06 19-7-2013 07:24 PM
peachRose posted on 19-7-2013 04:12 PM
dia ni tak ensem tp ada sesuatu yg buat org tgk dia jadi tertarik...
suka tgk dia dlm Cita dan Cint ...

Janji jujur sepi is my fave.luv.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.304072 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top