Oleh : TS LOO
Kita sedia maklum, virus HIV boleh disebarkan melalui perkongsian jarum dan melakukan persetubuhan dengan pasangan yang berbeza-beza dari masa ke semasa. Bagaimana pun yang terbaru, terdapat seorang wanita berusia 22 tahun didapati dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus) melalui alatan yang digunakan ketika rawatan kuku (manicure). Berdasarkan laporan satu jurnal perubatan, pendedahan berita ini dilakukan oleh seorang pakar dan menurutnya ia adalah cara penyebaran HIV yang terbaru di kalangan masyarakat.
Namun demikian, kes ini merupakan kes terpencil dan risiko dijangkiti adalah rendah. Menurut laporan, berikutan wanita tersebut tidak mempunyai sebarang faktor risiko biasa yang menyebabkannya berjangkit virus tersebut, seperti seks rambang tanpa perlindungan kondom ataupun berkongsi alat suntikan. Lantas, melalui siasatan lanjut, pakar mendapati alatan digunakan ketika melakukan rawatan kuku menjadi punca jangkitan tersebut. Ini kerana, dia berkongsi peralatan itu dengan sepupunya yang sememangnya penghidap penyakit tersebut. Jadi, berhati-hatilah dan ingat risikonya amat tinggi sekiranya ingin berkongsi peralatan seperti pengetip kuku, berus gigi dan apa-apa sahaja peralatan yang bersentuhan dengan kulit dan mampu melukakan. Walaupun kes tersebut jarang berlaku, tapi jangan ambil ringan kerana jika dijangkiti, memanglah tidak berbaloi langsung.! - CARI Infonet |
4
Bagus |
2
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
5
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
epis replied at 24-5-2016 03:36 PM
virus hiv kan tak aktif bile dah terdedah pada udara? kalau saya tak silap lah...
tentera_laut replied at 24-5-2016 04:58 PM
dia tak aktif tp idup. bila dah masuk dalam darah kita.. die aktif la balik.'
ADVERTISEMENT