CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengantin Batal Tempahan Mekap, Gara Dapat Tahu Jurusolek Kanser Tahap 3

16-5-2016 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12412| Komen: 40

Oleh Izzah Abbasy

Jurusolek artis yang dikenali sebagai Iyda Yusof telah memuatnaik status perbualannya dengan seorang pelanggan, bakal pengantin yang membatalkan tempahan gara-gara dapat tahu Iyda menghidap penyakit kanser usus tahap 3.


“Salam kak maaf saya nak batal makeup yang dah bayar deposit tuk wedding saya bulan 12, dengar cite akak kanser biasanya kalau dah 3 memang susah nak baik kak, ikut pada nasib je, apapun saya harap akak kuat, boleh aka refund deposit tu coz nak cari mua lain” ujar wanita tersebut melalui khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan kepadanya.

Akur dengan kehendak pelanggan wanita itu, Iyda bersetuju untuk memulangkan wang pendahulaan tersebut walaupun ia bertentangan dengan syarat yang telah ditetapkan.

“Owh ni adik yang nikah tu ye, oklah akak refund balik kalau ikutkan memang tak boleh refund tapi tak apalah mungkin betul kata awak akak ni tak lama nak hidup tapi serah pada Allah je pasal sakit ni Dia yang bagi mungkin bukan rezeki sis nak makeup awak, bagi no acc k.


“Pada yang takut Iyda mati atau tak dapat nak mekup hari bahagia korang jangan risau, Iyda (akan) refund duit ok… Yang dah book jangan la risau andai Iyda tak dapat makeup korang ramai lagi kawan-kawan yang sudi tolong cantikan uolsss itu janji saya yee, harap Allah panjangkan usiaku demi anak dan pelanggan tersayang” tulis yang turut memuatnaik ‘printscreen’ perbualan tersebut di media sosial.

Walaupun ada yang mempertikaikan tindakan memuatkan ‘printscreen’ tersebut, namun menurut Iyda ia bertujuan untuk memastikan para pelanggan tidak risau dengan keadaan kesihatannya.

“As salam semuaaa Allahuakhbar viral pulak kes kakak ye maaf sejujurnyaa iyda xde niat tuk screenshoot dan jadi bahan viral iyda cuma minta cus jangan risau itu je,,sbb iyda yakin iyda bole teruskan kerjaya sbb itu sumber rezeki dan minat..

“Dan jika iyda x dapat makeup pun ramai kawan2 mua sudi tolong nanti sbb tu x risau nk ambil booking..pada adik tu korang jangan kecam dia ye iyda mmg x ambil hati sikit pun anggap xde rezeki mungkin kata2 dia jela agak sentap hihi tp hakak okeyyy…tq semuaaaaa ats doa2 kalian ..,” tulisnya pula.

Doktor memberitahu ibu kepada dua anak ini jangka hayat beliau antara enam bulan atau setahun sahaja. Iya kini cuba kuatkan semangatnya dan cuba pelbagai alternatif lain untuk merawat penyakit kanser yang dihidapi selain kimoterapi yang sudah dilakukan minggu lalu buat pertama kali.

Walau bagaimanapun, selepas perkara ini menjadi viral, Iyda kini mempunyai ramai pelanggan yang membuat tempahan termasuk mahu menyertai kelas solekan yang beliau anjurkan.

Artis popular seperti Dato' Siti Nurhaliza, Honey madu, Ayda Jebat dan ramai lagi telah menggunakan khidmat mekap Iyda ini. - CARI Infonet






8

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PongKang 16-5-2016 06:01 AM
pompuan rambut pendek tu mcm muka tushee zaman muda
Quote sukacactus 16-5-2016 06:09 AM
PongKang replied at 16-5-2016 06:01 AM
pompuan rambut pendek tu mcm muka tushee zaman muda

Tu artis group de fam rasanya
Quote PongKang 16-5-2016 06:12 AM
sukacactus replied at 16-5-2016 06:09 AM
Tu artis group de fam rasanya

owh.. mcm2 nama artis baru skang ni kan  
Quote sukacactus 16-5-2016 06:19 AM
PongKang replied at 16-5-2016 06:12 AM
owh.. mcm2 nama artis baru skang ni kan

Xsalah nickname dia lg kelakar, cik manggis  
Quote melinda_kerr 16-5-2016 06:42 AM
Tk fhm viral ni. So sbb kesianke tak jadinya?
Quote TuntungReturn 16-5-2016 06:57 AM
tukang mekap tu kne cancer tahap 3. pas tu customer x jdik amik la khidmat die sebab takot nnti tukang mekap tu mati, x dan nk mekap customer tu.
Quote eLiaD 16-5-2016 06:59 AM
dia igt cancer ni berjangkit melalui sentuhan tu yg takut nk kne touch up
Quote cauliflower 16-5-2016 07:17 AM
babi ounya customer:-
1. bukan nak doakan baik baik pd akak tu
2. deposit kalau customer cancel mana leh refund. dah nama pun deposit. babi punya customer aku harap kau yg mampos sblm kawin
Quote EvieWanKenobi 16-5-2016 07:17 AM
rasanya bukan pasal takut berjangkit..

customer taknak rugi sebab tu dia
mintak balik deposit.. dia nak cari
mua lain..

sabarlah kak mekap artis..
rezeki ada di mana2..
Quote rosasa 16-5-2016 07:25 AM
sukacactus replied at 16-5-2016 06:09 AM
Tu artis group de fam rasanya

haah...manggis tak silap
Quote haryatie 16-5-2016 07:35 AM
eeeee..teruknya pengantin
org macam ni pun ada..
jd jugak ke dia jd pengantin
kalau Allah nk ambil nyawa seseorg ygg sihat pun boleh terus padam
Quote sukacactus 16-5-2016 08:29 AM
rosasa replied at 16-5-2016 07:25 AM
haah...manggis tak silap

Itu la...maknanya mua ni pun bagus la sampai artis pun pakai sentuhan dia
Setakat pengantin cikai mintak deposit balik tu, dia pun xheran la
Quote alieyrina 16-5-2016 08:31 AM
Cantiknya mekap dia...
Quote mdhelmi 16-5-2016 08:54 AM
nak jadi pengantin mesti mcm2 cerita ada
time aku dulu geng2 org lama sibuk nk baling spendar atas bumbung nak elak hujan
Quote chinta89 16-5-2016 08:56 AM
pengantin tu kompem ke sihat walafiat.. sempat hidup lg lama dari akak mekap tu?
Quote yayangmama 16-5-2016 09:20 AM
pengantin takut mak andam xsempat nak solek diorang

tapi semua nya Allah yang tentukan...

baru je baca pasal adik haziq, kanser sampai dah tahap xboleh nak chemo da...n doc cuma kata tunggu masa

tapi bulan 3 hari tu da pergi sekolah sbb dah setahun xsekolah...

alhamdulillah...semangat dia dan ibu dia kuat sangat2 Allah masih panjang kan umur dia
Quote talapia 16-5-2016 11:50 AM
yayangmama replied at 16-5-2016 09:20 AM
pengantin takut mak andam xsempat nak solek diorang

tapi semua nya Allah yang tentukan...

baca kt ne? bole bagi link?

Quote yayangmama 16-5-2016 11:56 AM
talapia replied at 16-5-2016 11:50 AM
baca kt ne? bole bagi link?

yang mana sis? yang kisah adik haziq ye...

saya ni suka baca tentang kanser...so saya like grup

kumpulan ibu bapa dan sokongan anak-anak kanser kk3 hkl

selalu nya cerita2 menginsafkan...sedih

Quote nuralisa 16-5-2016 12:00 PM
ntahla mana satu yg betul..

kalau ikut customer tu dia cuma takut bila smpai majlis dia nnt
ditakdirkan tukang makeup tu meninggal, satu hal pulak nak cari yg lain..
cuma ayat dia macam x bestla dengar... dah tahap 3 tak boleh baik.. ayat x reti cover...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.094396 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top