Oleh : TS LOO Lakaran kartun Zunar diharamkan di Malaysia tetapi mendapat pengiktirafan di luar negara?
Beberapa lakaran kartun yang dihasilkan oleh kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar bukan sahaja memperolehi anugerah antarabangsa yang diiktiraf, malah karya beliau turut dipamerkan di Switzerland! Biarpun karyanya telah banyak kali mengundang kecaman pihak kerajaan serta diharamkan, namun ironinya baru-baru ini beliau telah menerima "Anugerah Keamanan Karya Kartun 2016" daripada bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan.
Menerusi laman peribadinya, Zunar mengatakan setelah menerima anugerah di Geneva, Switzerland, hasil karyanya turut akan dipamerkan di Geneva. Sepertimana yang diketahui ramai, siri hasil karya Zunar berunsur kepolitikan dengan memberi kritikan secara sinis tentang situasi politik sebenar di Malaysia. sumber foto dari FB Oh Media sumber foto dari FB Oh Media sumber foto dari FB Oh Media Karya-karya beliau telah menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Tegas Salleh Said Keruak, tindakan kartunis kontroversi itu yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui karyanya, disifatkan sebagai menghina pemimpin yang telah dipilih rakyat. sumber foto dari FB Oh Media sumber foto dari FB Oh Media sumber foto dari FB Oh Media "Tidak salah jika kita berbeza pendapat, bahkan tidak salah juga jika tak setuju dengan pandangan kerajaan tapi kenapa perlu libatkan negara lain." Tambah beliau, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi tidak menyekat mana-mana pihak untuk memberikan pendapat namun perlulah secara berhemah.- CARI Infonet |
danieladam replied at 14-5-2016 11:22 PM
Barat kn suka iktiraf manusia2 yg bertentangan pndpt dgn mana2 kerajaan sedia ada. Xde la nk bangga ...
apedehal replied at 15-5-2016 12:30 AM
this is true..cuba dia kartunkn pasal rejim zionis..xdanya diiktiraf..so im x proud...kang mulala ...
ADVERTISEMENT