Oleh : Dean BZ Apa yang kita tahu tentang dunia modeling sebelum ini, gadis-gadis yang ingin menjadi model perlu bertubuh langsing, tinggi dan berwajah menawan. Manakala bagi lelaki pula haruslah mempunyai badan sasa, tinggi serta kacak.
Namun ternyata semua "syarat-syarat wajib" itu dipatahkan oleh Tess Holiday iaitu seorang wanita yang bertubuh sangat gempal. Holliday sangatlah beruntung kerana dia berjaya menandatangani kontrak dengan syarikat MiLK Model Management dan dinobatkan sebagai wanita bertubuh gemuk pertama yang menjadi model professional. Walaupun tubuh wanita berusia 29 tahun ini tidak begitu menarik tetapi ia tidak menghalang MiLK Model Management untuk mengambilnya sebagai model syarikat itu. Menurut MilK Model, Tess Holliday boleh mempopularkan nilai seni dengan bentuk tubuhnya yang sangat gemuk.
Dalam tulisannya di Huffington Post, Holliday menulis, “Tubuh kita mempunyai cerita. Dan setiap orang memiliki perjalanan yang berbeza. Kerana itu setiap orang dilahirkan unik dan berbeza”. Buat pembaca yang bertubuh gempal, jadikan kisah ini sebagai pembakar semangat dan sentiasalah bersifat optimis. Paling penting sekali, percaya pada kemampuan diri sendiri kerana kegigihan dan usaha tanpa putus asa adalah kunci kepada sebuah kejayaan. Tiba-tiba teringat dekat Happy Pola. Hmmm... - CARI Infonet. |
18
Bagus |
21
Marah |
26
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-HBZ replied at 13-5-2016 02:50 PM
Oleh : Dean BZ
ADVERTISEMENT