CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tarik Balik Tuduhan Search Pecah Amanah" - Amy Beri Masa 48 Jam

12-5-2016 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 34101| Komen: 254

oleh Adib Za

Menjelang konsert Search 35, nampaknya kumpulan itu kini sedang menghadapi tuduhan pecah amanah oleh ahli kumpulan itu sendiri. Pemain dram kumpulan itu, Yazit mendakwa kumpulan tersebut berlaku pecah amanah dan telah membuat laporan polis.


Namun, vokalis kumpulan Search, Amy mahu dia menarik semula dakwaan tersebut.  Memetik laporan Mstar Online, Amy dalam sidang media yang dilakukan juga mahu Yazit membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menganggap ia sebagai tuduhan tidak berasas. 

"Kami memberi tempoh 48 jam untuk Yazit menarik laporan polis yang dibuat  yang mendakwa terdapat pecah amanah dalam konsert Search 35 tahun yang bakal berlangsung 30 Ogos depan.

"Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya menuntut dia meminta maaf secara terbuka atas fitnah berkenaan," ujarnya.


"Semua terpulang kepada dia dan jika tidak kami akan ambil tindakan undang-undang demi menjaga nama baik kami," terangnya lagi. 

Untuk rekod, Yazit telah membuat laporan polis pada 4 Mei lalu berhubung isu ini. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: mstar Online

(Sumber foto: mstar Online)


Bagus
1

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 12-5-2016 10:36 AM
Edited by AshkieLa at 12-5-2016 02:38 PM

4 ahli Search lawan 1 ker?


apepun.. bende leh bwk bincang. Korang pun dah tua, bersahabat pun dah lama... sama2 berhempas pulas berpuluh tahun sejak wujudnya Search.
Nak saman kenapa? Malu? Nak kejar ape lagi sampai takut benor nama busuk di mata manusia?
... korang punya nama dah gah la.. bukan baru merangkak dlm industri nak kena kasi clear-cut semua hal..
Kalau tak betul apa yg Yazid ckp.. biar jela. Betul ke tak betul tuduhan lama2 orang tahu.
org tu dah laa sakit. Malu sikit kat budak2...  kejar akhirat pulak...
Quote Nenasketum 12-5-2016 10:36 AM
Susah senang dulu bersama. Macam ini kesudahannya
Quote maxim 12-5-2016 10:40 AM
tgh tu peguam die ke... mcm muka ahli parlimen pkr
Quote rospinki 12-5-2016 10:47 AM
masa dia ...yazit tu apa je ada skrg..tergolek pun kena menggolek pun kena..doa je moga doa org teraniaya itu makbul.

Quote myakayina 12-5-2016 10:48 AM
susah senang bersama la patutnya.. yazit tu sakit kan, mmg tak dpt nak join show ke apa..
Quote mokcikKSKB 12-5-2016 10:51 AM
Edited by mokcikKSKB at 12-5-2016 10:52 AM
CARI-MAMS replied at 12-5-2016 10:31 AM
oleh Adib Za

Menjelang konsert Search 35, nampaknya kumpulan itu kini sedang menghadapi tuduhan pec ...


Aku nk tgk jugak.kalau yazid ni tarik balik ke idok.kalau dia x tarik balik mmg betul ler tu..
Benda boleh sttle tanpa urusan loyar pon..dh tua2 ni buat cara tua lah.kubur kata mari dah...
Quote crazecousa 12-5-2016 11:26 AM
tak sangka macam  ni kesudahannya....
Quote MH37O 12-5-2016 11:28 AM
amy ni kekadang aku muskil dgn dia...tahlah...cakap lebih2 kang jadi fitnah pulak...lagipun, den minat search ni...
Quote Syd 12-5-2016 11:46 AM
maxim replied at 12-5-2016 10:40 AM
tgh tu peguam die ke... mcm muka ahli parlimen pkr

Iyo

Loyar PKR katanya
Quote tupai_tupai 12-5-2016 11:47 AM
dah tua-tua pun drama lg
Quote Madel 12-5-2016 12:02 PM
Bodo punya org tua..
Bawa2 la berbincang elok2 tanpa melibatkan bini nko tu..
Ni org tu dah la sakit..nko nak menyaman pulak..
Quote c===8 12-5-2016 12:08 PM
ini la band melayu, masa senang sama2 senang
salah sorg kena musibat yg lain buat x tau je

lagi baik band kapir mat saleh, ex member dah lama blah yg meninggal pun depa buat konsert tribute, duit tiket bagi kat waris

contoh konsert iron maiden tribute to bekas drummer clive burr

jason becker yg sakit pelik pun kwn2 buat konsert utk dia
Quote MariaClara 12-5-2016 12:19 PM
mentang2 penah menang kes saman..asik nk saman je kje...xleh ke pi jumpe settle baik2...org tu tgh sakit
Quote albedah 12-5-2016 12:22 PM
Dia nyaman pun apa yg org tu bley bayo. Sedang duit show pun dia mintak sbb xde duit.
Quote ladyfree 12-5-2016 12:24 PM
benda boleh setel luar mahkamah...

adoi
Quote nh83 12-5-2016 12:33 PM
bwt mcm ni lagi mengeruhkan keadaan..sepatutnya geng search ni p la jumpa si yazid,berbincang elok2x sure leh settle..masing2x dah tua..nama pun shabat lama klu gaduh mcm mana pun klu bincang elok2x sure lembut hati memasing..
Quote dahlamadah.. 12-5-2016 12:45 PM
maxim replied at 12-5-2016 10:40 AM
tgh tu peguam die ke... mcm muka ahli parlimen pkr

iols rase pun cam penah tgk..

..mcm muka yusmadi tu ke..?


Quote dahlamadah.. 12-5-2016 12:48 PM
Syd replied at 12-5-2016 11:46 AM
Iyo

Loyar PKR katanya

sejak bila lak loyar PKR ni bwk kes2 hiburan... dulu2 human rights ajer
Quote EvieWanKenobi 12-5-2016 12:49 PM
pasal ni la kot kena tengking ngan wife Amy..

Lihat semua komen(254)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.083361 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top