CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datin sepak kemaluan penyamun !

19-7-2013 09:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6267| Komen: 34

Petaling Jaya: Dua penyamun bersenjatakan pistol yang menceroboh masuk sebuah rumah mewah di Bandar Sri Damansara, di sini, hanya sempat melarikan rantai emas dan komputer riba selepas mangsanya yang juga seorang wanita bertindak menendang kemaluan seorang daripadanya dalam kejadian Isnin lalu.

Menurut sumber, mangsa yang juga pengarah sebuah syarikat bergelar Datin dan berusia 45 tahun dikatakan berada dalam biliknya dan bersiap untuk ke tempat kerja apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya, kira-kira jam 7.30 pagi.

  “Kedua-dua lelaki itu datang ke rumah mangsa dengan menaiki Perodua Viva sebelum memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa kedatangan mereka untuk berjumpa dengan suami anaknya kerana ada hal penting,” katanya.

Katanya, ibu mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa masuk ke dalam rumah untuk memanggil mangsa yang berada di tingkat atas bagi memaklumkan kedatangan dua lelaki terbabit.

  “Ibu mangsa didapati tidak menutup pintu pagar menyebabkan dua lelaki terbabit mengikutnya masuk ke dalam rumah dan terus naik ke tingkat atas.

  “Seorang daripada lelaki terbabit kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkan ibu mangsa memanggil mangsa yang berada dalam bilik,” katanya.

  Sumber berkata, mangsa yang mendengar ibunya memanggil segera membuka pintu dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki berada di depannya.

  “Lelaki terbabit cuba menolak mangsa, namun mangsa sempat menendang kemaluan lelaki itu dan segera menutup pintu biliknya sambil menjerit mahu menghubungi polis.

  “Tindakan itu menyebabkan lelaki terbabit panik dan segera beredar dari rumah berkenaan, tetapi mereka sempat meragut rantai emas di leher ibu mangsa serta melarikan sebuah komputer riba bernilai lebih RM6,000,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/19


10

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 19-7-2013 07:12 AM
itulah kepala penyamun, kepala bawah punya
Quote airfilterbersih 19-7-2013 07:15 AM
Mungkin penyamun tu balik pasang cd hentai....
nk pastikan anu nye masih berfungsi atau tidak....

harap2 la berfungsi la ye..,
Quote mitnick 19-7-2013 07:20 AM
curlass kao datin!
Quote mrsrezza 19-7-2013 07:28 AM
bravo datin...ni mesti g belajar tomoi kat siam..
Quote gaara_X 19-7-2013 08:02 AM
kekadang tindakan spontan tu penting.....cool n ngan panik...
Quote want2bhappy 19-7-2013 08:06 AM
beribu2 tanniya... tapi sengal juga ibu datin tu yg leh caya kat org luar... dah tau ko tu org kaya..
Quote AHMADVW 19-7-2013 08:08 AM
datin ni mesti mcm azalina othman ade black belt
Quote bbalik 19-7-2013 08:10 AM
nasib penyamun tu pun panik dan vodow....
Quote Mizlyn 19-7-2013 08:13 AM
sib baik tak tembak ibu datin tu...
Quote jonlabu 19-7-2013 08:19 AM
oh wowww hebat. datin maimun kah itu?

Last edited by jonlabu on 19-7-2013 08:21 AM

Quote cikatilia 19-7-2013 08:23 AM
go datin.. haha terer dia.
Quote berusjamban 19-7-2013 08:26 AM
jonlabu posted on 19-7-2013 08:19 AM
oh wowww hebat. datin maimun kah itu?

dia ni kan penangkap hantu?

Quote whm 19-7-2013 08:26 AM
Malaysia dh x aman hari2 ada kes samun.
Quote jazaa 19-7-2013 09:49 AM
Nasib baik ibu datin tak diapa2kan.....
Quote tongkatwaran75 19-7-2013 11:56 AM
datin tu bernasib baik tak dirogol...
Quote blackpaper 19-7-2013 08:00 PM
Bru nk bljar myamun ke 2 penyangak tu.....kna tendang kt anu da lari lintang pukang....apadaaaa...:lol
Quote shernazz 19-7-2013 08:02 PM
memang bagus pon
aku slalu sarankan kan...sepak telor aje
xpon potong aje telor dia..
Quote novelloverzz 19-7-2013 08:06 PM
jazaa posted on 19-7-2013 09:49 AM
Nasib baik ibu datin tak diapa2kan.....


tu la br nk ckp bnd yg sama..sbb lps tendang dia ttp pintu..
Quote ChildrenOfBodom 19-7-2013 08:09 PM

sepak teloq, cucuk mata, tumbuk kt leher


attack the weak point for massive damage

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065405 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top