CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kampung kami jadi mangsa'

18-7-2013 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3089| Komen: 4

MACHAP - Penduduk Kampung Seri Maju Jaya, di sini kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir syarikat yang melupuskan bahan terbuang di kampung berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk sekitarnya hidup dalam keadaan serba tidak selesa, sampah yang dibuang mengeluarkan bau busuk dan ia semakin teruk apabila pihak yang berkenaan melakukan kerja-kerja pembakaran.

Wakil penduduk, Saiful Bahri, 42, mendakwa sampah industri tersebut dibuang di hadapan balai raya serta sekolah dan ianya dikesan dilakukan pada sebelah petang.

“Kebiasaannya mereka akan membuang sampah tersebut antara dua hingga tiga kali seminggu sebelum kerja pembakaran dilakukan. Ianya telah berlaku sejak lebih dua bulan yang lalu.

“Jika tidak dibendung segera, kami bimbang tanah lapang di hadapan balai raya kampung ini akan dijadikan pusat pembuangan sampah haram oleh syarikat berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Saiful Bahri, dia terkilan dengan sikap mementingkan diri dan mengaut keuntungan oleh syarikat terbabit tanpa memikirkan perasaan dan tahap kesihatan penduduk di situ.

“Sepatutnya mereka membuang sampah di Pusat Pelupusan Sampah di Renggam, namun hanya kerana ingin mengaut keuntungan lebih, kampung kami menjadi mangsa.

“Kami menggesa agar pertubuhan berhampiran kampung ini menyiasat syarikat yang dipertanggungjawabkan oleh mereka untuk membuang sampah industri kilang mereka agar tindakan lebih tegas dapat dilakukan dengan segera.

“Kami juga akan sentiasa mengadakan pemantauan kegiatan syarikat terbabit bagi memastikan kerja-kerja tidak bertanggungjawab mereka ini dapat dirakam sebagai bukti sebelum dimajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 18-7-2013 01:49 PM

Longgokan sampah yang dibuang di kawasan tanah lapang di hadapan balai raya Kampung Seri Maju Jaya
Quote pakwetizzaqyah 18-7-2013 02:01 PM
masyarakat terbuang tk dilupuskan di situ??
Quote setia00 20-7-2013 04:46 PM
pakwetizzaqyah posted on 18-7-2013 02:01 PM
masyarakat terbuang tk dilupuskan di situ??

entah-entah ada jugak kot....
tapi tak perasan..
Quote Al-Patih 21-7-2013 02:55 AM
“Kami juga akan sentiasa mengadakan pemantauan kegiatan syarikat terbabit bagi memastikan kerja-kerja tidak bertanggungjawab mereka ini dapat dirakam sebagai bukti sebelum dimajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut,” katanya.


tak yah tunggu PBT ...saman meke balik ...sebab tak buwek korjo ...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039843 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top