CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pendapatan Bulanan Puluh Ribu, Gadis Muda Hanya Tawar Khidmat Kemas Pakaian!

5-5-2016 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13440| Komen: 24


Oleh : TS LOO


Kalau almari anda adalah jenis almari yang apabila dibuka pintunya semua baju atau barangan yang ada di dalamnya akan terjatuh keluar, macam itu anda pastinya teringin sangat mengupah dia.





Siapa dia? Dia adalah seorang gadis jelita bernama Xiao Deng, dilahirkan pada tahun 90an yang berasal dari Ssechuan, China . 


Berikutan pernah bekerja dalam bidang tesktil, suatu hari ketika membantu orang lain mengemaskan pakaian dalam almari, Xiao Deng mendapati setiap kali tibanya peralihan musim, almari bagi kebanyakan orang berada dalam keadaan yang sangat berselerak, sangat menyusahkan untuk kemaskannya. 



Hasilnya tercetus satu idea yang boleh dijadikan satu perkerjaan iaitu membantu mereka yang dianggap 'pemalas' untuk mengemas pakaian dalam almari.



Menurut Xiao Deng, selain bergantung kepada pengalaman yang diperolehi semasa bekerja sebagai penjual pakaian, dia juga mendapatkan pengetahuan dan ilmu berkaitan cara-cara memperkemaskan pakaian yang betul dan professional melalui internet. 


Tambahnya ladi, sebenarnya membantu pelanggan kemaskan pakaian bukanlah kerja yang mudah dan amat melecehkan. Susunan pakaian perlu dikemaskan mengikut perbezaan jenis, warna dan musim. 


Walaupun keuntungan yang diperolehi bukan mudah, tetapi ianya berbaloi sebab bayarannya amat tinggi. Bayaran perkhidmatan dikira mengikut saiz almari 1 meter dibayar 100 Yuan Reminbi atau bersamaan dengan RM60. 


Lazimnya almari bersaiz 3 meter, dia memerlukan 3 jam untuk kemaskan baju, bayaran khidmat adalah kira-kira 400 Yuan atau bersamaan kira-kira RM241.


Sejak bermula perniagaan ini sehingga sekarang, perkhidmatan berbayaran paling tinggi adalah khidmat yang dia memerlukan satu hari untuk menyiapkannya dan bayaran yang diterimanya adalah RM2000 Yuan. 



Kini, Xiao Deng memperoleh pendapatan hampir berpuluh ribu Yuan setiap bulan, justeru dia bercadang buka sebuah syarikat memberi perkhidmatan kemaskan pakaian sebagai usaha untuk mengembangkan kerjayanya. 


Sebagai golongan muda yang dilahirkan pada tahun 90an, Xiao Deng berusaha gigih mencari rezeki dan mencapai kejayaan dalam kerjaya yang diceburinya. 


Kejayaan Xiao Deng membuat segelintir netizen berpendapat, golongan muda sekarang harus mencontohi kebijaksaan Xiao Deng untuk menambahkan pendapatan, sebaliknya bukan hanya merungut tiada rezeki atau tiada peluang. - CARI Infonet


sumber : www.visualchina.com/
14

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
27

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 5-5-2016 01:41 PM
kesimpulan iols dapat : kalau kreatif nk dapatkan wang dan kerja, apa2 pun boleh!
Quote HibinoSama 5-5-2016 01:44 PM
apa maksud ayat ni?

Walaupun keuntungan yang diperolehi agak memedihkan, tetapi ianya berbaloi sebab bayarannya amat tinggi.
Quote cicicumel 5-5-2016 02:01 PM
HibinoSama replied at 5-5-2016 01:44 PM
apa maksud ayat ni?

Walaupun keuntungan yang diperolehi agak memedihkan, tetapi ianya berbaloi se ...

Haha  kan.iols  pon  fening.untung tp memedihkan.
Quote irwansuhadi 5-5-2016 02:20 PM
pastu berak kat bus stop?
Quote krustykrab 5-5-2016 02:28 PM
hmmm...boleh tiru idea ni...
tp ada ke org yg nak hire
Quote alieyrina 5-5-2016 03:13 PM
Aku la..baju sumbat2 jah dlm lemari..sbb lemari jenis tolak kiri kanan..susah nak kemas..sudahnyaa hmmm..
Quote HibinoSama 5-5-2016 03:48 PM
cicicumel replied at 5-5-2016 02:01 PM
Haha  kan.iols  pon  fening.untung tp memedihkan.

Penulis pon pening tu
Quote Artemesiaa 5-5-2016 04:01 PM
Untuk yang malas mengemas almari boleh le hire langloi ni yang penting sediakan duit upahnya aja.  Selalunya almari ni kalau dah overload maknanya banyak pakaian lama yang dah lama tak digunakan lagi duk berkuntum dalam tu.  So ia jadi tanda untuk mengeluarkan mana2 yang tak diperlukan lagi keluar dari almari tu.  Yang mana masih dalam keadaan baik boleh le disedekahkan aja.
Quote EvieWanKenobi 5-5-2016 06:24 PM
3 jam = RM241..
baik kemas sendiri..
Quote devilito2 5-5-2016 06:31 PM
direct translate ni... hehehe
Quote setokinpurple 5-5-2016 06:49 PM
Kt negara kita kan ada perkhidmatan kemas Rumah, lipat pakaian.. Cuma belum meluas
Quote Nham22 5-5-2016 07:24 PM
Rumah teres pon belom tentu ade bilik khas tuk wardrobe..
Quote spiderman80 5-5-2016 10:33 PM
Kan artikel tulis negara sana bermusim-musim jadi berlakunya masalah almari berselerak? Negara kita satu musim saja kan?
Quote saladin780 5-5-2016 11:01 PM
RM 2000 yuan..ape tuh?
Quote gigahertz 6-5-2016 12:07 AM
EvieWanKenobi replied at 5-5-2016 10:24 AM
3 jam = RM241..
baik kemas sendiri..

tak sama. saya sanggup bayar kat amoi tu.
Quote EvieWanKenobi 6-5-2016 07:04 AM
@gigahertz

boleh la belanja ai..
Quote idril 6-5-2016 09:11 PM
Rm2000 yuan tu byk mana sebenarnya?
Quote mizzmimi 8-5-2016 12:08 AM
aku suka kemas almari.. kehkehkeh

tapi orang rumah aku suka sepahkan
Quote silampumeja 8-5-2016 01:26 AM
Best kalau ada kemahuan dan kemahiran. Ade aje rezeki

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.062721 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top