View: 5708|Reply: 24
|
Pendapatan Bulanan Puluh Ribu, Gadis Muda Hanya Tawar Khidmat Kemas Pakaian!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Kalau almari anda adalah jenis almari yang apabila dibuka pintunya semua baju atau barangan yang ada di dalamnya akan terjatuh keluar, macam itu anda pastinya teringin sangat mengupah dia.
Siapa dia? Dia adalah seorang gadis jelita bernama Xiao Deng, dilahirkan pada tahun 90an yang berasal dari Ssechuan, China .
Berikutan pernah bekerja dalam bidang tesktil, suatu hari ketika membantu orang lain mengemaskan pakaian dalam almari, Xiao Deng mendapati setiap kali tibanya peralihan musim, almari bagi kebanyakan orang berada dalam keadaan yang sangat berselerak, sangat menyusahkan untuk kemaskannya.
Hasilnya tercetus satu idea yang boleh dijadikan satu perkerjaan iaitu membantu mereka yang dianggap 'pemalas' untuk mengemas pakaian dalam almari.
Menurut Xiao Deng, selain bergantung kepada pengalaman yang diperolehi semasa bekerja sebagai penjual pakaian, dia juga mendapatkan pengetahuan dan ilmu berkaitan cara-cara memperkemaskan pakaian yang betul dan professional melalui internet.
Tambahnya ladi, sebenarnya membantu pelanggan kemaskan pakaian bukanlah kerja yang mudah dan amat melecehkan. Susunan pakaian perlu dikemaskan mengikut perbezaan jenis, warna dan musim.
Walaupun keuntungan yang diperolehi bukan mudah, tetapi ianya berbaloi sebab bayarannya amat tinggi. Bayaran perkhidmatan dikira mengikut saiz almari 1 meter dibayar 100 Yuan Reminbi atau bersamaan dengan RM60.
Lazimnya almari bersaiz 3 meter, dia memerlukan 3 jam untuk kemaskan baju, bayaran khidmat adalah kira-kira 400 Yuan atau bersamaan kira-kira RM241.
Sejak bermula perniagaan ini sehingga sekarang, perkhidmatan berbayaran paling tinggi adalah khidmat yang dia memerlukan satu hari untuk menyiapkannya dan bayaran yang diterimanya adalah RM2000 Yuan.
Kini, Xiao Deng memperoleh pendapatan hampir berpuluh ribu Yuan setiap bulan, justeru dia bercadang buka sebuah syarikat memberi perkhidmatan kemaskan pakaian sebagai usaha untuk mengembangkan kerjayanya.
Sebagai golongan muda yang dilahirkan pada tahun 90an, Xiao Deng berusaha gigih mencari rezeki dan mencapai kejayaan dalam kerjaya yang diceburinya.
Kejayaan Xiao Deng membuat segelintir netizen berpendapat, golongan muda sekarang harus mencontohi kebijaksaan Xiao Deng untuk menambahkan pendapatan, sebaliknya bukan hanya merungut tiada rezeki atau tiada peluang. - CARI Infonet
sumber : www.visualchina.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan iols dapat : kalau kreatif nk dapatkan wang dan kerja, apa2 pun boleh! |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud ayat ni?
Walaupun keuntungan yang diperolehi agak memedihkan, tetapi ianya berbaloi sebab bayarannya amat tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
HibinoSama replied at 5-5-2016 01:44 PM
apa maksud ayat ni?
Walaupun keuntungan yang diperolehi agak memedihkan, tetapi ianya berbaloi se ...
Haha kan.iols pon fening.untung tp memedihkan. |
|
|
|
|
|
|
|
pastu berak kat bus stop? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...boleh tiru idea ni...
tp ada ke org yg nak hire |
|
|
|
|
|
|
|
Aku la..baju sumbat2 jah dlm lemari..sbb lemari jenis tolak kiri kanan..susah nak kemas..sudahnyaa hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 5-5-2016 02:01 PM
Haha kan.iols pon fening.untung tp memedihkan.
Penulis pon pening tu |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk yang malas mengemas almari boleh le hire langloi ni yang penting sediakan duit upahnya aja. Selalunya almari ni kalau dah overload maknanya banyak pakaian lama yang dah lama tak digunakan lagi duk berkuntum dalam tu. So ia jadi tanda untuk mengeluarkan mana2 yang tak diperlukan lagi keluar dari almari tu. Yang mana masih dalam keadaan baik boleh le disedekahkan aja. |
|
|
|
|
|
|
|
3 jam = RM241..
baik kemas sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
direct translate ni... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kt negara kita kan ada perkhidmatan kemas Rumah, lipat pakaian.. Cuma belum meluas |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah teres pon belom tentu ade bilik khas tuk wardrobe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan artikel tulis negara sana bermusim-musim jadi berlakunya masalah almari berselerak? Negara kita satu musim saja kan? |
|
|
|
|
|
|
|
RM 2000 yuan..ape tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 5-5-2016 10:24 AM
3 jam = RM241..
baik kemas sendiri..
tak sama. saya sanggup bayar kat amoi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rm2000 yuan tu byk mana sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka kemas almari.. kehkehkeh
tapi orang rumah aku suka sepahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Best kalau ada kemahuan dan kemahiran. Ade aje rezeki |
|
|
|
|
|
|
| |
|