Balik Pulau: Kerana mahu bergaya dengan pakaian baru pada Aidilfitri nanti, seorang lelaki sanggup mencuri sehelai baju bernilai RM165 di sebuah beli-belah terkemuka di Bayan Baru, di sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 10.30 malam apabila suspek berusia 20-an masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan kononnya untuk membeli barangan sebagai persiapan menjelang 1 Syawal tidak lama lagi. Jurucakap polis berkata, suspek dilihat ke bahagian pakaian dan kelibatnya dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh seorang pengawal keselamatan berusia 42 tahun yang ketika itu sedang melakukan rondaan. Menurutnya, suspek kemudian diekori pengawal keselamatan berkenaan sebelum melihatnya memasukkan sehelai baju ke dalam seluarnya dan terus beredar ke kaunter pembayaran bagi membuat bayaran barangan lain yang dibelinya. Katanya, tindakan suspek terus diperhatikan pengawal keselamatan berkenaan dan dia dikatakan berpura-pura membeli barangan lain sebagai helah untuk menutup perbuatannya. “Suspek kemudian ditahan berhampiran sebuah restoran di dalam pusat beli-belah terbabit sejurus dia beredar dari kaunter tanpa membuat bayaran baju terbabit. “Hasil pemeriksaan kemudian menemui pakaian yang dicuri dan semakan selanjutnya didapati suspek tidak membuat apa-apa bayaran terhadap baju yang diambilnya itu. “Lelaki berkenaan dibawa ke pejabat Bahagian Keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya. Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.
|
kakikuDibibirmu posted on 18-7-2013 07:51 AM
kasihan tak ada faraj
kalau ada faraj tu, tin susu bayi boleh masuk, kunci rumah, kunci kereta... ...
ADVERTISEMENT