CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

4 Restoran Yang Boleh Anda Lepak 24 Jam Selain Mamak

21-4-2016 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11169| Komen: 15

Oleh Izzah Abbasy

Kalau dah namanya rakyat Malaysia, aktiviti yang paling 'best' untuk merehatkan segala tekanan di pejabat mahupun kerja adalah melepak di kedai makan bersama kawan-kawan.

Rakyat malaysia sangat beruntung kerana Malaysia merupakan syurga makanan sehinggakan ada restoran yang dibuka untuk 24 jam. Kelebihan ini menjadi tarikan buat para pelancong dari luar negara yang mengunjungi negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.

Mereka yang tidak boleh tidur malam ataupun kelaparan di tengah malam mengambil kesempatan untuk mengunjungi restoran yang dibuka selama 24 jam ini kerana terdapat pelbagai sajian enak di samping suasana restoran yang sangat meriah kerana sudah tentulah ramai orang.

Selain restoran mamak, 4 restoran ini pasti jadi tumpuan anda yang inginkan kelainan. - CARI Infonet  

1. Hayaki Cafe



Restoran Hayaki Cafe menyediakan aneka selera Pantai Timur. Jika anda berkunjung ke restoran ini, anda wajib cuba nasi kukus mereka yang memang 'power'.

Alamat : No. 1, Jln SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya


2. Donutes Coffee & Cake Baking


Untuk penggemar sajian pastry, roti, donut, dan kek,  sajian di dalam kafe ini dijamin tidak mengecewakan anda. Hiasan dekorasi di dalam restoran ini dengan gaya santai pastinya amat sesuai untuk anda yang suka bergosip.

Alamat : 8, Jalan Kenari 6, Puchong, Puchong Jaya, 47170


3. Restoran Murni SS2


Salah satu cawangan restoran Murni yang beroperasi selama 24 jam. Pastinya restoran ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk Lembah Klang. Menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan Melayu, India, Western, Cina dan juga Itali. Dengan menu yang diubahsuai mengikut citarasa selera rakyat tempatan, restoran ini menjadi buruan buat mereka yang kelaparan di tengah malam.

Alamat : 53, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

 
4. Banana Leaf Restaurant @ Centre Point, Bandar Utama


Restoran ini menjadi kegemaran buat pecinta nasi daun pisang.

Alamat : Centrepoint Bandar Utama (G27), 47800 Petaling Jaya, Selangor


Kredit : Hype.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shysari 21-4-2016 06:33 PM
wowieee.. baru tahu now Murni Ss2 24 hours dulu until 3-4 pg je
Quote missDollie 21-4-2016 09:34 PM
Murni tu manjang full...
Quote fifie_olin 22-4-2016 09:10 AM
utk yg bujang leh la lepak2 smpi tgh mlm..bestnya saat2 itu
Quote comel91 22-4-2016 10:42 AM
yang restoren no 2 tu halal ke x? sebab selalu lalu nampak sume cina je.. huhu tp memang ramai orang pkl 2 pg pun org brator lagi
Quote CrowneGlory 22-4-2016 12:02 PM
4 restoran je? berbanding beratus2 mamak 24 jam... patut dilebihkan lagi

btw hayaki punya quality dh teruk jatuh...kali terakhir order nasi kerabu...ulam2 dia tak fresh dh hitam2...terus akak stop makan situ...
Quote uori 22-4-2016 12:06 PM
i'm too old for this
kul 10 dah tutup lampu tarik selimut
Quote JENABREJAM89 22-4-2016 08:46 PM
uori replied at 22-4-2016 12:06 PM
i'm too old for this
kul 10 dah tutup lampu tarik selimut

Iolss pukul 9 dh tutup lampu tepuk bontot anak suh tido ....
Quote kivio 7-5-2016 04:35 PM
Quote sue_cinta 8-5-2016 09:08 AM
hahaha... banana leaf pon masuk list... restoran tuh tahun 1999 dah 24 jam... baru skang nak promote? Ye laa... kedai lama kat sebelah court street soccer santok singh & mcd BU drive thru org tatau... yg org tau lepas dia renovate lot lama CIMB bank tuh... hahaha... sian banana leaf... wakaka
Quote EvieWanKenobi 8-5-2016 12:22 PM
boleh la try..
Quote iloveyou 9-5-2016 10:53 AM
bru tau murni ss2 tu 24 jam .. boleh la pegi anytime ..
Quote serikandi_gurl 9-5-2016 12:57 PM
Kedai 2. Donutes Coffee & Cake Baking tu halal ke. Musykil and was2 sikit. Penah lalu kedai mmg nampak menarik dan besar tapi tak yakin nak beli pastry situ.
Quote Jagendas 9-5-2016 09:47 PM
alahai ..sup meletop sungai besi pon 24 jam.

4 restoren ni murni je harge yg so so . yg lain agak cekik nanah punye harge
Quote si-buta 3-6-2016 09:12 PM
McDonalds...KFC...A&W...
Quote purpledesire 5-6-2016 10:36 AM
Kalo org lelaki bolehlah nak lepak2..org pompuan mana boleh..apapun nice info tt..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.194662 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top