|
Oleh Izzah Abbasy
Kalau dah namanya rakyat Malaysia, aktiviti yang paling 'best' untuk merehatkan segala tekanan di pejabat mahupun kerja adalah melepak di kedai makan bersama kawan-kawan.
Rakyat malaysia sangat beruntung kerana Malaysia merupakan syurga makanan sehinggakan ada restoran yang dibuka untuk 24 jam. Kelebihan ini menjadi tarikan buat para pelancong dari luar negara yang mengunjungi negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.
Mereka yang tidak boleh tidur malam ataupun kelaparan di tengah malam mengambil kesempatan untuk mengunjungi restoran yang dibuka selama 24 jam ini kerana terdapat pelbagai sajian enak di samping suasana restoran yang sangat meriah kerana sudah tentulah ramai orang.
Selain restoran mamak, 4 restoran ini pasti jadi tumpuan anda yang inginkan kelainan. - CARI Infonet
1. Hayaki Cafe
Restoran Hayaki Cafe menyediakan aneka selera Pantai Timur. Jika anda berkunjung ke restoran ini, anda wajib cuba nasi kukus mereka yang memang 'power'.
Alamat : No. 1, Jln SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya
2. Donutes Coffee & Cake Baking
Untuk penggemar sajian pastry, roti, donut, dan kek, sajian di dalam kafe ini dijamin tidak mengecewakan anda. Hiasan dekorasi di dalam restoran ini dengan gaya santai pastinya amat sesuai untuk anda yang suka bergosip.
Alamat : 8, Jalan Kenari 6, Puchong, Puchong Jaya, 47170
3. Restoran Murni SS2
Salah satu cawangan restoran Murni yang beroperasi selama 24 jam. Pastinya restoran ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk Lembah Klang. Menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan Melayu, India, Western, Cina dan juga Itali. Dengan menu yang diubahsuai mengikut citarasa selera rakyat tempatan, restoran ini menjadi buruan buat mereka yang kelaparan di tengah malam.
Alamat : 53, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
4. Banana Leaf Restaurant @ Centre Point, Bandar Utama
Restoran ini menjadi kegemaran buat pecinta nasi daun pisang.
Alamat : Centrepoint Bandar Utama (G27), 47800 Petaling Jaya, Selangor
Kredit : Hype.my
|
|