Oleh Adib ZA
Kejadian demi kejadian yang menyaksikan mereka yang 'normal' dan cukup sifat menidakkan hak golongan yang dipanggil OKU membuatkan ramai netizen berasa marah. Memang 'kurang ajar'. Satu kejadian yang berlaku di depan mata sendiri, lelaki bernama Naren ini bertindak 'membasuh' dan dan sekolahkan pasangan dari Singapura kerana dilihat sengaja memarkir kereta mereka di zon OKU.
Menerusi video yang dimuat naik itu, jelas memperlihatkan bagaimana tegasnya Naren sebagai seorang yang sangat peka dengan golongan kurang upaya apabila melihat pasangan berkenaan melakukan kesalahan yang disengajakan itu. “Pada mulanya saya tidak ingin memuat naik, namun saya rasa adalah perlu untuk dipertontonkan kepada umum. Insiden ini membuatkan saya seakan menjadi ‘gangster’ seketika buat pasangan yang berasal dari Singapura, yang memakirkan kenderaan mereka di petak khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini. “Pasangan itu cuba berikan pelbagai alasan bodoh untuk melepaskan diri dari saya. Drama bermula apabila saya dengan sengajanya memakirkan kereta saya di belakang kenderaan putih itu agar mereka tidak dapat mengundurkan kereta. "Saya tunggu pasangan ini kembali ke kereta mereka selama 45 minit! Lelaki itu kemudian mengundurkan keretanya sehingga melanggar trak saya, menambahkan lagi api kemarahan diri ini,” tulis Naren menerusi laman Facebook. Biarpun dilihat tidak ubah seperti seorang gangster, Naren tidak peduli dengan apa sahaja pandangan negatif orang di luar sana. Ini kerana satu sahaja tujuannya, untuk menyedarkan mereka yang tidak menghormati ruang dan juga hak golongan OKU ini. Dalam pada itu, video yang dikongsikan 3 hari lalu ini mendapat perhatian luar biasa di kalangan netizen apabila mendapat hampir 12,000 perkongsian di alam maya. Malah, dia turut menerima sokongan tanpa henti yang memberikan kata-kata positif di ruangan komen laman sosialnya. Apa yang pasti, isu ini tiada kena mengena langsung dengan warna kulit, bangsa mahupun warganegara mana-mana. Sifat kemanusiaan dan sivik seharusnya dijunjung tinggi oleh setiap orang sepanjang masa. Buat Naren, tahniah kerana sangat peka dan berjaya menegakkan hak golongan yang kurang upaya ini. Semoga lebih ramai di kalangan kita yang mampu menjadi seperti Naren, dan pastinya masyarakat hidup lebih harmoni dan hormat-menghormati. - CARI Infonet |
12
Bagus |
31
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
16
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noor2 replied at 13-4-2016 10:54 AM
Sebenarnya ramai ja Malaysian langgar peraturan ni...x kira bangsa...
bangcak replied at 13-4-2016 10:59 AM
setakat semangat 'nak viral' gitu dgn lagak si penegur tu.
rasa takjadik nak marah warga singapor ...
FOTHER-MUCKER replied at 13-4-2016 11:26 AM
Masalah dengan orang asia ni, mereka suka bagi excuse bilamana mereka melakukan kesilapan.
Tak n ...
lavastrike replied at 13-4-2016 11:17 AM
laki bini cina tu oku aper...
oku lemah otak..
lavastrike replied at 13-4-2016 03:29 AM
cetak rompak pun satu kesalahan....ada lu peduli..??
ada lu cakap sorry..??
AdamCopeland replied at 13-4-2016 11:33 AM
bai smlm lunch hour gua nampak superbike lu kat marrakesh
lu lepak dgn siapa?
FOTHER-MUCKER replied at 13-4-2016 11:34 AM
Sebabnya wa tau....sinar.com tu sebenarnya adalah anak anak husin yang tak cukup kasih sayang dan ...
cleopatralady replied at 13-4-2016 10:59 AM
singapore n malaysian lebeh kurang je
ADVERTISEMENT