Oleh : TS LOO Pertikaian di kalangan netizen berhubung hadiah wang tunai yang diberikan kepada pemenang Kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM) bagi kategori bawah 11 dan 9 tahun yang diadakan pada 9 April lalu kelihatan semakin hangat diperkatakan di laman sosial sejak dua tiga hari ini.
Berdasarkan beberapa gambar yang menjadi viral sejak petang Rabu, rata-rata netizen melahirkan reaksi negatif terhadap penganjur apabila menawarkan wang tunai RM30, RM20 dan RM10 bagi pemenang tempat pertama hingga tiga pada kejohanan yang diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor pada Sabtu lalu. Susulan itu, terbaru Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil memberi penjelasan melalui akaun Facebook peribadinya semalam agar isu tersebut tidak terus disalahtafsir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam kenyataan di Facebook, Khairy berkata, dalam usia yang masih hijau itu, mereka perlu diajar untuk menghargai nilai sebuah kemenangan bukan pada hadiah, tetapi pada semangat, maruah dan pengalaman. “Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” tulis Khairy. Tambah Khairy lagi, sesiapa sahaja yang terbukti berbakat dan boleh menjadi aset dalam bidang sukan, tentunya akan dibantu dan diberi penghargaan, termasuk dari segi wang ringgit. Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan kesemua peserta dan ibu bapa terbabit sedia maklum dengan hadiah yang disediakan, namun masih menyertai acara berkenaan atas dasar rasa cinta terhadap sukan itu. “Segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tidak tahu atau tidak dihargai. “Rata-rata ibu bapa yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal,” katanya. Isu hadiah kepada pemenang Kriterium Junior Cycling Malaysia menjadi bualan apabila juaranya hanya menerima RM30, yang disifatkan ramai sebagai tidak munasabah Dalam pada itu, kritikan negatif pengguna media sosial turut mendapat perhatian bekas pelumba kebangsaan, Josiah Ng. Tegur Josiah, wang tidak seharusnya menjadi keutamaan dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan.- CARI Infonet |
17
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
12
Sedih |
13
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT